iklan 728x90

Pages

Showing posts with label tidak. Show all posts
Showing posts with label tidak. Show all posts

Wednesday, 1 October 2014

Kisah P.Ramlee Yang Mungkin Kita Tidak Tahu


P.RAMLEE atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri bersamaan Rabu , 22 Mac 1929.Bapanya seorang ahli pelayaran yang berasal dari Lho’Seumawe , Acheh telah berkahwin dengan Che Mah binti Hussien pada tahun 1925 di Kubang Buaya , Butterworth.
P.Ramlee telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan seterusnya di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.Semenjak di bangku sekolah lagi , P.Ramlee telah menunjukkan minat dan bakat dalam bidang seni , terutamanya dalam seni muzik.Di Penang Free , P.Ramlee belajar seni muzik dengan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin Brass Band di sekolah tersebut.
Semasa pendudukan Jepun di Malaya , P.Ramlee pernah memasuki sekolah tentera laut Jepun ( Kaigun ).Di sini beliau berpeluang mempelajari lagu-lagu Jepun.Penglibatan beliau dalam dunia muzik bermula dengan pancaragam “ Teruna Kampung “.Dalam pertandingan keroncong seluruh Pulau Pinang dan Seberang Perai yang diadakan dalam tahun 1947 , pancaragam beliau menjadi juara dengan lagu ‘ Keroncong Oh Suci ‘ yang dinyanyikan oleh P.Ramlee.
Pada tahun 1964 , P.Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur dan bertugas di Studio Merdeka milik Merdeka Film Productions di Hulu Kelang.Sepanjang hayat P.Ramlee telah berlakon kira-kira 66 buah filem , mengarah 37 buah filem dan mencipta sebanyak 250 buah lagu.Namun setiap yang hidup pasti akan merasai kematian , awal pagi Selasa bersamaan 29 April 1973.P.Ramlee telah meninggal dunia secara mengejut akibat serangan sakit jantung ketika berusia 44 tahun.Beliau meninggal dunia di dalam ambulans sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Besar Kuala Lumpur.


Walaupun beliau sudah lama meninggalkan alam yang fana ini , jasa dan baktinya dalam arena seni sentiasa kekal dalam ingatan.Pada 6 Jun 1990 , Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong ke-9 telah menganugerahkan beliau bintang Darjah Panglima Setia Mahkota ( DPSM ) yang membawa gelaran Tan Sri.






View the original article here

Monday, 28 October 2013

Sikap Tidak Matang Pekin Ibrahim Punca Tuduh Uqasha Curang?!

type="html">
Kelmarin, kecoh sekejap dengan kisah keretakan hubungan percintaan pelakon Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose.

Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose

Puncanya, Pekin mendakwa Uqasha curang dengan menjalinkan hubungan dengan Sharnaaz Ahmad dan mendakwa mempunyai bukti tentang perkara itu.

Lebih panas lagi, dia mengatakan bahawa ini merupakan kali ketiga kekasihnya itu menipu dirinya.

Kenyataan itu kemudiaannya dinafikan oleh Uqasha yang nyata kecewa dengan tindakan Pekin yang memberi kenyataan melulu kepada media tanpa berbincang dengannya.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas kisah itu tersebar di laman maya, Pekin tampil menjelaskan bahawa ia hanyalah salah-faham semata-mata dan sudah meminta maaf dengan kekasihnya itu.

Persoalannya, dengan siapakah Uqasha pernah ‘curang’ sebelum ini, seperti yang didakwa Pekin?

Atau adakah dakwaan kecurangan itu hanya direka oleh dirinya yang mungkin sedang ‘angin satu badan’ sewaktu dihubungi pihak media?

Jika benar ia hanya rekaan semata-mata, memang rabaklah hati Uqasha. Bak kata orang, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.

Gambar yang dimuatnaik di laman Instagram Uqasha ini mungkin menggambarkan apa yang dirasakannya saat ini:

Uqasha Pernah Curang Atau Pekin Tak Matang?

Lain kali, sebelum nak buat sebarang kenyataan, bincanglah dulu dengan pasangan. Ini tidak, merajuk sampai tak mahu dengar penjelasan kekasih.

Kalau susah sangat, putuskan je la!

Sumber: Mynewshub



View the original article here

Friday, 25 October 2013

Tidak Kisah Keseksian Jadi Fantasi Lelaki - Callista Wijaya

type='html'>

Callista Wijaya, artis indonesia, gambar hot callista wijaya, hiburan


Tidak Kisah Keseksian Jadi Fantasi Lelaki - Callista Wijaya | Keseksian yang dimiliki oleh penyanyi dangdut Callista Wijaya kerap kali membuatkan penontonnya terutama lelaki muda tidak berkedip memandangnya.


Malah ia kerap dijadikan fantasi seks oleh kaum lelaki.

Kapanlagi melaporkan, ketika ditemuramah dalam satu sidang redaksi di Tebet, Jakarta Selatan semalam, Callista mengaku tidak ada masalah bagi dirinya untuk dijadikan fantasi seks oleh kaum lelaki.

Ujar Callista, "Aku sih ga masalah ya kalau memang dijadikan fantasi seks mereka. Asal mereka ga merugikan orang lain aja. Aku ga mau setelah mereka liat aku, mereka melampiaskan nafsunya ke orang lain yang bukan pasangannya".

Dibawah ini beberapa lagi keping gambar Callista Wijaya yang hot.

Callista Wijaya, artis indonesia, gambar hot callista wijaya, hiburan

Callista Wijaya, artis indonesia, gambar hot callista wijaya, hiburan

Callista Wijaya, artis indonesia, gambar hot callista wijaya, hiburan
 
Callista Wijaya, artis indonesia, gambar hot callista wijaya, hiburan

Kredit foto : kapanlagi.com
Sumber : smb01.com

View the original article here

Monday, 14 October 2013

Katy Perry dan Rihanna tidak lagi bermusuhan

Keakraban dua selebriti terkenal, Katy Perry dan Rihanna sering menjadi perhatian. Dalam diam, rupanya Perry sangat mencemburui setiap penampilan Rihanna.

Katy Perry and Rihanna

Menurut Perry, dia sangat hairan bagaimana rakan baiknya itu dapat mengekalkan stamina kerana setiap masa Rihanna sering kelihatan ceria dan sangat aktif.

"Saya rasa dia ada sesuatu yang masih disembunyikan pada saya. Walaupun kami sudah berkawan lama, namun ia bukan jaminan untuk kami berkongsi dalam segala hal.

"Yang pasti dia tidak mengambil dadah," katanya sambil ketawa kecil.

Sumber: Sinar Online


View the original article here

Friday, 11 October 2013

Gara-gara 350 kali pembedahan plastik, model ini tidak boleh senyum


Alicia Douvall , model asal Inggeris ini tidak pernah puas dengan penampilannya. Dia melakukan pelbagai operasi plastik bahkan menjalani lebih dari 350 kali tindakan untuk mendapatkan kecantikan sempurna.

Bukan kecantikan yang dia dapatkan , model yang mengaku mempunyai skandal dengan Simon Cowell dan anggota Simply Red, Mick Hucknall itu malah mendapat bencana. Terlalu banyak bahan-bahan yang masuk dalam tubuhnya membuat Alicia tidak boleh tersenyum.

Kini, Alicia merasa sedih dan menyesal kerana dia tidak boleh tersenyum dengan bayinya sejak kelahiran putrinya 16 bulan lalu. Padahal, saat yang paling berharga semua ibu di dunia adalah boleh menggendong sambil tersenyum ke arah sang bayi.

"Apa yang telah aku lakukan menghancurkan hatiku. Bayangkan ketika menggendong bayi perempuanmu untuk pertamakali dan tidak mampu untuk tersenyum. Aku merasa sangat egois. Sekarang impianku adalah suatu hari nanti Papaya (nama putri Alicia ) boleh melihat senyumanku untuk pertamakali ," ungkap wanita 34 tahun itu , seperti dilapor The Sun.

Alicia telah menghabiskan kos lebih daripada US $ 1.4 juta untuk melakukan pelbagai operasi plastik. Dia pernah melakukan pembedahan pembesaran payudara, facelift dan prosedur mengecilkan kaki .

Kini dia memperingatkan para wanita tentang bahaya operasi plastik. Kecanduannya akan prosedur operasi kecantikan itu merugikannya . Dia mengaku kerugiannya lebih daripada wang . Alicia tidak hanya boleh tersenyum pada bayinya , tapi wajahnya kini dipenuhi oleh bekas luka.

"Aku telah banyak melakukan penyusunan semula wajah yang dilakukan oleh doktor bedah terbaik, tapi sekarang ketika berkaca aku mempunyai banyak luka. Aku melihat fotoku sebelum operasi dan aku sedar aku tidak jelek, " ungkapnya.

wolipop



View the original article here