iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Punca. Show all posts
Showing posts with label Punca. Show all posts

Tuesday, 29 October 2013

"UMNO Punca Maksiat Dunia Hiburan"

type="html">
Siapa tak kenal pelakon dan penyanyi, Abby Abadi yang kini semakin lantang bersuara mewakili parti PAS.

Abby Abadi

Pendek kata, kalau bercakap kadang-kadang main sebat saja!

Terbaru, melalui ceramahnya di Kampung Dulang Kecil di Yan, Kedah, Abby dengan yakinnya menyalahkan UMNO kerana membiarkan gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan, memetik laporan mStar.

“Dulu saya berlakon tak berfikir sangat tentang dosa dan pahala. Tak apa bila suami orang buat suami kita, suami kita pula orang lain boleh buat macam suami sendiri.

“Dalam dunia hiburan, kita dipisahkan oleh Islam. Kita hanya berurusan tentang duit. Ini berlaku dalam dunia hiburan di Malaysia dan kita boleh tengok sendiri. Di Malaysia kita dididik oleh Umno dan BN (Barisan Nasional) bahawa maksiat nampak macam benda biasa,” katanya.

Tambah Abby lagi, dia tidak pernah mengundi sebelum PRU-13, jadi dia tidak merasa berdosa kerana tidak mengundi UMNO.

Aduhai, Abby! Kalau hendak berpolitik sekalipun, fikirklah hati rakan-rakan selebriti anda. Bukan semuanya hanyut dalam arus kemaksiatan seperti yang didakwa.

Rasanya, sudah ramai artis yang berhijrah ke arah yang lebih baik dan mereka tidak langsung mengaitkannya dengan mana-mana parti politik.

Kalau hendak berubah, segalanya terpulang pada hati. Betul tak?

Tahulah Abby dapat banyak setiap kali ceramah PAS…tapi tak perlu la beriya-iya hina orang lain…. kecewa Abby dengan bekas suami yang merupakan orang kuat UMNO tak habis lagi ke?

Biarlah dia Abby… dia dah dapat isteri yang lebih baik… isteri yang tak bela anak ikan dan bercuti sama-sama dengan anak ikan kat luar negara…

Lagipun bapak Abby pun penyokong kuat UMNO… adakah ini bermakna Abby pun lahir dari dunia maksiat?

[Sumber]


View the original article here

Monday, 28 October 2013

Sikap Tidak Matang Pekin Ibrahim Punca Tuduh Uqasha Curang?!

type="html">
Kelmarin, kecoh sekejap dengan kisah keretakan hubungan percintaan pelakon Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose.

Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose

Puncanya, Pekin mendakwa Uqasha curang dengan menjalinkan hubungan dengan Sharnaaz Ahmad dan mendakwa mempunyai bukti tentang perkara itu.

Lebih panas lagi, dia mengatakan bahawa ini merupakan kali ketiga kekasihnya itu menipu dirinya.

Kenyataan itu kemudiaannya dinafikan oleh Uqasha yang nyata kecewa dengan tindakan Pekin yang memberi kenyataan melulu kepada media tanpa berbincang dengannya.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas kisah itu tersebar di laman maya, Pekin tampil menjelaskan bahawa ia hanyalah salah-faham semata-mata dan sudah meminta maaf dengan kekasihnya itu.

Persoalannya, dengan siapakah Uqasha pernah ‘curang’ sebelum ini, seperti yang didakwa Pekin?

Atau adakah dakwaan kecurangan itu hanya direka oleh dirinya yang mungkin sedang ‘angin satu badan’ sewaktu dihubungi pihak media?

Jika benar ia hanya rekaan semata-mata, memang rabaklah hati Uqasha. Bak kata orang, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.

Gambar yang dimuatnaik di laman Instagram Uqasha ini mungkin menggambarkan apa yang dirasakannya saat ini:

Uqasha Pernah Curang Atau Pekin Tak Matang?

Lain kali, sebelum nak buat sebarang kenyataan, bincanglah dulu dengan pasangan. Ini tidak, merajuk sampai tak mahu dengar penjelasan kekasih.

Kalau susah sangat, putuskan je la!

Sumber: Mynewshub



View the original article here

Wednesday, 23 October 2013

Richard Gere Curang Punca Perceraian

Selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga, Richard Gere dan Carey Lowell mengumumkan perpisahan September lalu, menyebabkan ramai peminat terkejut mendengar berita itu.


Kalangan keluarga terdekat pula memaklumkan, sebab utama si isteri berang apabila aktor berusia 64 tahun itu berusaha meniduri seorang rakan baik Lowell sendiri.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan siapa individu dimaksudkan atau sama ada dia ‘ditangkap’. Apa pun, isterinya tidak lagi mampu menahan sabar hingga mahu bercerai.

“Berlaku pertengkaran antara mereka sebaik saja Carey tahu mengenai kecurangan suaminya.

Selepas bergaduh, Carey dilihat menangis di bahu Richard sambil meminta dilepaskan. Carey tahu masanya sudah tiba untuk dia pergi,” kata sumber.

Sumber: Bharian


View the original article here

Monday, 14 October 2013

Richard Gere Curang Punca Perceraian

Selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga, Richard Gere dan Carey Lowell mengumumkan perpisahan September lalu, menyebabkan ramai peminat terkejut mendengar berita itu.


Kalangan keluarga terdekat pula memaklumkan, sebab utama si isteri berang apabila aktor berusia 64 tahun itu berusaha meniduri seorang rakan baik Lowell sendiri.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan siapa individu dimaksudkan atau sama ada dia ‘ditangkap’. Apa pun, isterinya tidak lagi mampu menahan sabar hingga mahu bercerai.

“Berlaku pertengkaran antara mereka sebaik saja Carey tahu mengenai kecurangan suaminya.

Selepas bergaduh, Carey dilihat menangis di bahu Richard sambil meminta dilepaskan. Carey tahu masanya sudah tiba untuk dia pergi,” kata sumber.

Sumber: Bharian


View the original article here