iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Ulama. Show all posts
Showing posts with label Ulama. Show all posts

Monday, 28 October 2013

Berpuluh pelajar, ulama lawan bomoh sihir


Gara-gara laporan dukun 'serang' agensi antirasuah

JAKARTA: Berpuluh-puluh penuntut sekolah agama dan ulama seluruh wilayah Banten mengunjungi ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK) Indonesia selepas KPK dilaporkan kena sihir.

Salah seorang pelajar yang hadir, Dudung Abdurrahman, berkata kumpulan berkenaan membaca al-Quran untuk melindungi KPK daripada sebarang usaha mistik untuk menghalang siasatan ke atas dinasti politik Banten yang dicemari rasuah.

“Ini adalah inisiatif kami sendiri menunjukkan sokongan moral kepada KPK. Ia juga bertujuan supaya KPK tidak takut dengan sebarang ilmu hitam,” katanya.

Penyokong Gabenor Banten, Ratu Atut Chosiyah dan keluarganya dituduh menggunakan pakar ilmu hitam untuk mengugut KPK.

Khabar angin mula kedengaran mengenai keluarga Ratu Atut sejak penangkapan saudaranya, Tubagus Chaeri Wardhana, yang dituduh menipu dalam pilihan raya Daerah Lebak.

Ratu Atut dikatakan dilindungi sekumpulan jawara - pemimpin berpengaruh yang mahir dalam seni mempertahankan diri Indonesia dan diberi ‘kuasa’ oleh dukun.

Seorang dukun yang mendakwa mengenali keluarga Ratu Atut, Ki Gendeng Pamungkas, berkata siasatan KPK ke atas keluarga wanita itu akan kembali menghantui mereka.

“Ahli sihir di Banten, Sukabumi dan Cianjur Selatan akan serang pemimpin KPK. Mereka akan lakukannya tanpa arahan Atut atau pihak lain.

“Ahli sihir akan serang mereka kerana bapa Atut yang mati, Chasan, ada hubungan rohani dengan ahli sihir di wilayah itu,” katanya yang dipetik Tribunnews.com.

Pamungkas berkata, ahli sihir sudah pun menjampi beberapa pemimpin KPK dan sebahagian anggota suruhanjaya itu sudah diserang.

“Namun sudah pasti mereka tidak akan mengaku,” katanya selepas keluarga Ratu Atut menafikan dakwaan itu.

“Atut orang moden, jadi tiada ilmu hitam terbabit,” kata jurucakap Ratu Atut, Fitron Nur Ikhsan.

Bagaimanapun, KPK tidak takut mengenai kemungkinan diganggu ilmu hitam dan memperluas siasatan rasuah yang kini membabitkan agensi kesihatan Banten.

“Biarlah Atut dilindungi jawara kerana KPK dilindungi Tuhan,” kata ketua KPK, Abraham Samad, kepada Detik.com awal bulan ini. - AGENSI

BH



View the original article here

Wednesday, 16 October 2013

Ulama Syria izinkan rakyat kelaparan makan kucing


Damsyik - Sejumlah ulama di Syria, Selasa ( 15/10/2013 ) mengeluarkan fatwa yang membenarkan penduduk di daerah terkepung di luar Damsyik , memakan daging kucing, anjing dan keldai bagi mengatasi kelaparan.

Dalam sebuah video yang diterbitkan di internet, para ulama mengatakan mereka menyeru bantuan dunia kerana keadaan parah di luar bandar bahagian selatan Damsyik kerana pertembungan yang terus berlanjutan.

"Bagaimana dunia boleh tidur tenang dengan perut kenyang sementara ada yang kelaparan , dan terjadi tidak jauh dari bandar utama ( Damsyik ) , hanya beberapa meter, " kata seorang imam Syria dalam video yang disiarkan Al Arabiya .

Imam yang didampingi ulama lain mengatakan kenyataan juga mewakili pandangan ulama lain . Dia mengatakan, sementara jemaah melakukan ibadah haji di Mekah , "Ada orang yang meninggal kelaparan dan dikafankan . "

Kebelakangan ini , masjid- masjid di luar bandar Damsyik juga menyuarakan mesej yang sama.

Keutamaan untuk badan bantuan

Sebahagian besar kawasan di luar bandar Damsyik dikuasai pemberontak dan tentera kerajaan mengebom daerah itu setiap hari dalam usaha merebut kembali tempat tersebut.

Bantuan serta bekalan makanan lain tidak masuk ke kawasan luar bandar itu .

Fatwa untuk makan daging kucing, anjing, serta keldai itu bukan yang pertama yang dikeluarkan para ulama. Fatwa yang sama juga pernah dikeluarkan di Homs dan Aleppo saat terjadi pertempuran sengit.

Badan- badan bantuan mengatakan mengatakan menyediakan bekalan makanan dan bantuan lain untuk kawasan yang dilanda pertempuran harus diutamakan seperti halnya kemusnahan senjata kimia Syria.

Ketua médecins Sans Frontieres, Christopher Stokes , menggambarkan keadaan di Syria sukar difahami kerana pengawas senjata kimia boleh bergerak bebas sementara konvoi bantuan dihalau .

Awal bulan ini, Kumpulan pembangkang Koalisi Nasional Syria, SNC, mengatakan beribu-ribu keluarga di sekitar Damsyik terancam meninggal kerana kelaparan.

kompas.com



View the original article here