iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Pelajar. Show all posts
Showing posts with label Pelajar. Show all posts

Tuesday, 29 October 2013

Gambar Perlakuan tak senonoh pelajar di kubur Cina

type='html'>

tanah perkuburan cina, port dickson, berita, perlakuan pelajar di kubur cina, gempar
Sebahagian rakaman pelajar di tanah perkuburan yang tersebar di Youtube.

Perlakuan tak senonoh pelajar di kubur Cina | Port Dickson Sembilan pelajar sekolah dipanggil polis bagi direkodkan keterangan berhubung sebuah video pendek memaparkan tingkah laku mereka di kawasan tanah perkuburan Cina di sini.

Video berdurasi 1 minit 32 saat itu, tersebar dalam Youtube memaparkan pelajar terbabit termasuk ada antaranya beruniform sekolah, menari dengan iringan muzik rancak serta bermain bola sepak di kawasan perkuburan itu sehingga menimbul rasa kurang senang masyarakat.



Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, tujuh daripada mereka merupakan pelajar sebuah sekolah menengah di daerah ini, sementara dua lagi telah dibuang sekolah sebelum kejadian, atas faktor disiplin.

Menurutnya, kesemua mereka berusia antara 12 dan 14 tahun.

“Siasatan polis mendapati, kumpulan pelajar ini berbuat demikian tanpa niat untuk menghina ataupun cuba menggugat sentimen perkauman dan agama. Kelakuan yang dilakukan sekadar untuk bersukaria, bagaimanapun mereka berada di lokasi salah tanpa mengetahui kesan dan akibat daripada perbuatan tersebut.

Menurutnya, perbuatan kumpulan pelajar itu dilakukan Khamis lalu, sekitar 11 pagi hingga 12 tengah hari.

“Rakaman video itu dirakam menggunakan telefon bimbit salah seorang daripada pelajar terbabit. Polis juga percaya antara mereka juga yang telah memuat naik rakaman tersebut ke internet,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, semalam.

Abd Wahab berkata, berikutan penyebaran video tersebut, satu laporan polis telah dibuat ahli jawatankuasa tanah perkuburan tersebut, Jumaat lalu.

“Dalam masa terdekat polis akan memanggil pelajar, ibu bapa mereka dan juga ahli jawatankuasa tanah perkuburan itu untuk menjernihkan kembali keadaan.

“Kejadian yang berlaku ini merupakan kes terpencil dan jangan jadikan ia sebagai punca untuk kita saling berbalah sesama kaum,” katanya percaya kes ini akan diselesaikan dengan baik.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 298 A (1) Kanun Keseksaan memperuntukkan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.


“Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun,” katanya.
Abd Wahab menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan rakaman video tersebut melalui apa juga medium komunikasi dan mereka yang ingkar boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Sumber : berita-harian.net

View the original article here

Monday, 28 October 2013

Berpuluh pelajar, ulama lawan bomoh sihir


Gara-gara laporan dukun 'serang' agensi antirasuah

JAKARTA: Berpuluh-puluh penuntut sekolah agama dan ulama seluruh wilayah Banten mengunjungi ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK) Indonesia selepas KPK dilaporkan kena sihir.

Salah seorang pelajar yang hadir, Dudung Abdurrahman, berkata kumpulan berkenaan membaca al-Quran untuk melindungi KPK daripada sebarang usaha mistik untuk menghalang siasatan ke atas dinasti politik Banten yang dicemari rasuah.

“Ini adalah inisiatif kami sendiri menunjukkan sokongan moral kepada KPK. Ia juga bertujuan supaya KPK tidak takut dengan sebarang ilmu hitam,” katanya.

Penyokong Gabenor Banten, Ratu Atut Chosiyah dan keluarganya dituduh menggunakan pakar ilmu hitam untuk mengugut KPK.

Khabar angin mula kedengaran mengenai keluarga Ratu Atut sejak penangkapan saudaranya, Tubagus Chaeri Wardhana, yang dituduh menipu dalam pilihan raya Daerah Lebak.

Ratu Atut dikatakan dilindungi sekumpulan jawara - pemimpin berpengaruh yang mahir dalam seni mempertahankan diri Indonesia dan diberi ‘kuasa’ oleh dukun.

Seorang dukun yang mendakwa mengenali keluarga Ratu Atut, Ki Gendeng Pamungkas, berkata siasatan KPK ke atas keluarga wanita itu akan kembali menghantui mereka.

“Ahli sihir di Banten, Sukabumi dan Cianjur Selatan akan serang pemimpin KPK. Mereka akan lakukannya tanpa arahan Atut atau pihak lain.

“Ahli sihir akan serang mereka kerana bapa Atut yang mati, Chasan, ada hubungan rohani dengan ahli sihir di wilayah itu,” katanya yang dipetik Tribunnews.com.

Pamungkas berkata, ahli sihir sudah pun menjampi beberapa pemimpin KPK dan sebahagian anggota suruhanjaya itu sudah diserang.

“Namun sudah pasti mereka tidak akan mengaku,” katanya selepas keluarga Ratu Atut menafikan dakwaan itu.

“Atut orang moden, jadi tiada ilmu hitam terbabit,” kata jurucakap Ratu Atut, Fitron Nur Ikhsan.

Bagaimanapun, KPK tidak takut mengenai kemungkinan diganggu ilmu hitam dan memperluas siasatan rasuah yang kini membabitkan agensi kesihatan Banten.

“Biarlah Atut dilindungi jawara kerana KPK dilindungi Tuhan,” kata ketua KPK, Abraham Samad, kepada Detik.com awal bulan ini. - AGENSI

BH



View the original article here

Wednesday, 23 October 2013

Pelajar Malaysia Di New Zealand Mogok Lapar!

type="html">
Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang menuntut di sebuah sekolah berasrama di Nelson, New Zealand melakukan mogok lapar bermula semalam sebagai tanda bantahan apabila tidak dibenarkan pulang menziarahi neneknya yang sakit di Malaysia.

Sabrina Ng

Difahamkan, sebuah Mahkamah Keluarga di Nelson mengeluarkan perintah agar pasport remaja itu, Sabrina Ng disekat selepas ibunya yang sudah bercerai dengan bapanya membuat permohonan melarangnya pulang ke Malaysia.

Bapa Sabrina, Ng Ghim Hwa, 51, ketika dihubungi Harian Metro berkata, anaknya sepatutnya pulang bersamanya ke Malaysia Sabtu lalu.

Bagaimanapun, katanya bekas isterinya, Ellen Cabiling Bonilla, seorang rakyat Filipina memohon kepada mahkamah keluarga di Nelson untuk mengenakan sekatan ke atas pasport anaknya dalam usaha mencegahnya pulang ke Malaysia.

Ng berkata, dia berkahwin dengan Bonilla pada 1998 sebelum isterinya meninggalkan dia bersama Sabrina pada 2008.

Sumber: Harian Metro


View the original article here

Wednesday, 16 October 2013

Pelajar ketagih buku digital lucah

Ipoh: “Memang sangat senang. Kita hanya perlukan kemudahan WiFi pada telefon pintar dan selepas itu, semua novel atau cerpen lucah Melayu boleh dimuat turun melalui aplikasi e-book (buku digital),” jelas pelajar tingkatan lima, Rosman, 17, (bukan nama sebenar) yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tidak lama lagi.

Menurutnya, ratusan nukilan novel atau cerpen lucah berbahasa Melayu boleh diperoleh tanpa perlu bersusah payah mencarinya di kedai majalah atau melayari Internet.

Dia yang ditemui wartawan bersama rakan sebaya berkata, antara buku lucah digital yang mudah dimuat turun antaranya menggunakan judul cerita seks, cerita seks 1, cerita seks III dan pelbagai judul lain.

“Saya tertarik dengan pelbagai cerita ghairah ini terutama membabitkan hubungan terlarang antara guru dan murid.

“Pada mulanya saya tidak mengetahui kewujudan buku digital ini sehinggalah seorang rakan menunjukkan kaedah memuat turun aplikasi ini melalui Play Store.

“Saya sangkakan aplikasi itu hanya berfungsi untuk mendapatkan ratusan permainan secara percuma, namun saya tidak sangka ia turut menawarkan buku digital lucah,” katanya.

Dia yang belajar di sebuah sekolah di Tambun, di sini, turut menunjukkan kaedah mudah memuat turun buku digital itu yang boleh dilakukan dalam tempoh masa kurang 30 saat.

“Saya tidak perlu rasa takut-takut kerana kewujudan buku digital ini tersembunyi di dalam telefon bimbit tanpa diketahui sesiapa.

Banyak rahsia lain ada di dalam telefon ini termasuk koleksi gambar lucah,” katanya.

Seorang lagi rakannya yang hanya mahu dikenali sebagai Along, 17, berkata, kewujudan buku digital lucah ini tidak ubah seperti perpustakaan porno bergerak yang boleh dimuat turun sesiapa saja.

“Saya sudah khatam semua cerita novel dan cerpen e-Book ini yang mengandungi ratusan judul kisah lucah.

Zaman sudah berubah, sekarang tidak lagi perlukan buku atau majalah untuk melihat semua ‘benda’ ini,” katanya.

Sementara itu, wartawan Harian Metro mendapati terdapat kira-kira empat buku digital lucah berbahasa Melayu yang mudah dimuat naik dengan kandungan cerita mengghairahkan dan menjadi tarikan remaja sekolah.

Kebanyakan cerita berkenaan sebelum ini pernah dipaparkan melalui laman web lucah seperti Melayu Boleh, Cerita Panas Melayu, melayu bogel, melayu telanjang, redtube Malaysia, tube8 dan pelbagai laman sesawang lain.

Bagaimanapun, semua laman web lucah itu sudah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

MyMetro



View the original article here

Saturday, 12 October 2013

Pelajar Usia 14 tahun Gian Kerana 3gp

type='html'>

pelajar, maksiat, budak sekolah, budak 14 tahun, berita,

Pelajar Usia 14 tahun Gian Kerana 3gp | Tabiat melihat klip video lucah melalui telefon bimbit dengan kawan di sekolah menyebabkan seorang pelajar sekolah terpengaruh melakukan hubungan seks bersama teman lelaki yang baru dikenali bulan lalu.

Tanpa rasa takut perbuatannya diketahui keluarga, mangsa mencuri keluar pada tengah malam Rabu lalu, selepas menerima khidmat pesanan ringkas daripada teman lelaki yang dikenali sebagai Arif.

Pelajar berusia 14 tahun dari Kampung Kerandang, Besut, menyelinap keluar secara sembunyi ketika keluarganya tidur di bilik masing-masing dan menemui teman lelakinya yang menunggu di hadapan rumah dengan motosikal sebelum dibawa ke sebuah wakaf di tengah sawah padi di Kampung Gerong di Jertih.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata apabila sampai di wakaf terbabit, suspek mengajak mangsa melakukan seks dengannya.

Mangsa dikatakan dirogol beberapa kali di tempat berkenaan sebelum dihantar pulang pada pagi keesokan harinya.

Pelajar Usia 14 tahun Gian Kerana 3gp | Kamaruddin berkata, berasa syak dengan kepulangan anak gadisnya pada pagi berkenaan, bapa mangsa yang berusia 39 tahun menyoal siasat anaknya sebelum pelajar itu mengaku mencuri keluar untuk bertemu teman lelakinya tanpa pengetahuan keluarga.

Marah dengan kejadian itu, bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja pada pagi hari sama, sementara mangsa dihantar menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Besut selepas itu.

Kamaruddin berkata, laporan kesihatan kemudian mengesahkan mangsa dirogol dan berikutan itu polis sedang memburu seorang lelaki dikenali sebagai Arif untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Suspek dipercayai menghilangkan dirinya selepas kejadian itu.


Sumber : apaceritatoday.blogspot.com

View the original article here