iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Terbaru. Show all posts
Showing posts with label Terbaru. Show all posts

Friday, 25 October 2013

Video Terbaru Sharifah Sakinah Meroyan Depan CCTV!

type="html">
Gejala ‘meroyan’ Sharifah Sakinah nampaknya diteruskan lagi melalui video terbaru dari laman Keeknya.

Sharifah Sakinah

Kali ini, kamera litar tertutup (CCTV) pula yang menjadi subjeknya apabila dia menari dan menyanyi dengan aksi ‘gila-gilanya’ di bawah kamera tersebut dan dirakamkan oleh rakan lelakinya.

Walaupun tidak begitu melampau seperti video ‘bra dan seluar dalam merah’nya, namun status selebriti yang dipegangnya bakal menjadikan video ini sensasi di laman sosial.

Nampaknya, usaha berterusan si Sakinah ini akan menjadikan namanya terus popular di persada industri hiburan Malaysia.

Mungkin idea video murahan dan kontroversi sahaja yang dapat dijadikan modal oleh pelakon ini bagi menaikkan namanya. Tahniah!

Kami yakin suatu hari nanti dia berubah dan tampil dengan imej dan perangai lebih sopan dengan ayat klise para artis, “saya sudah matang”.



Sementara itu, layankan saja.

Sumber: Mynewshub


View the original article here

Monday, 14 October 2013

Miley Cyrus Berbogel Dalam Muzik Video Terbaru!

Apa sudah jadi pada bintang "Hannah Montana", Miley Cyrus? Dia kini seperti mahukan perhatian apabila sentiasa mencetuskan kontroversi-kontroversi yang memualkan.

Miley Cyrus Berbogel
Miley Cyrus bogel dalam muzik video "Wrecking Ball".

Bintang yang sebelum ini berimej bersih dan menjadi idola kanak-kanak, baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi dan telah dikritik hebat mengenai persembahannya di pentas Anugerah Muzik Video MTV apabila beraksi separa lucah dengan penyanyi duetnya, Robin Thicke ketika menyampaikan lagu Thicke, "Blurred Lines".

Terbaru, Miley sekali lagi menjadi perbualan hangat ramai apabila Miley berbogel dalam muzik video terbarunya "Wrecking Ball" yang baru di muat naik di laman YouTube semalam.

Rata-rata peminat yang komen menyukai lagu terbarunya itu, namun mengkritik penampilannya yang dilihat seakan-akan terdesak mahu membuang imej hadis baik atau 'girl next door' ketika zaman Hannah Montananya. [Sumber]


View the original article here

Sunday, 13 October 2013

Britney Spears tampil seksi dalam video klip terbaru Work B**ch

 

Britney Spears menyanggah akan rumor yang beredar tentang video klip terbarunya. Ia dikabarkan dipaksa untuk tampil seksi dalam klip Work Bitch. Khabar tersebut dinafikannya saat ia tampil dalam wawancara dengan Chicago 103.5 Kiss FM, Jumaat (4/10).

Penyanyi berusia 31 tahun ini mengungkap bahawa pasukan produksi klip terbarunya tersebut "menghormatinya" dengan memenuhi semua keinginannya untuk klip tersebut. Tidak ada paksaan.

Hal tersebut juga ditegaskan dalam kesempatan lainnya, saat Britney diwawancara TJ Show on AMP 103.3. Spears mengatakan bahwa ia sama sekali tak dipaksa untuk melakukan semua adegan dalam film terbarunya tersebut.

"Mereka tak memaksaku sama sekali. Hanya ada satu adegan yang dipasang di awal klip yang menurutku berisiko dan rasis bagi semua orang. Aku merespon, 'Aku tak bisa melakukan hal seperti ini. Mereka lantas menghormati dan mendengarkan apa keinginanku," pungkasnya.

clear.co.id






View the original article here

Saturday, 12 October 2013

Panas! Alvin-Vivian Kongsi Video Terbaru!

type="html">
Pasangan blogger seks, Alvin Tan atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee atau Lee May Ling, 24, nampaknya tak serik-serik menagih publisiti.

Alvin-Vivian

18 Julai lepas, pasangan ini telah didakwa bersama-sama kerana memuatnaik satu penerbitan menghasut di laman Facebook ‘Alvin and Vivian – Alvivi’ berupa kandungan gambar dan komen bertajuk “Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!” mengandungi logo Halal.

Mereka juga didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/di tempat sama, antara 6 Julai dan 7 Julai lepas, antara 9 malam hingga 2 pagi.

Pasangan itu juga didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama di kalangan penganut agama berlainan.

Kesemua kesalahan itu didakwa mengikut Akta Hasutan 1948, Akta Penapisan Filem 2002 dan Kanun Keseksaan.

Susulan itu, mereka menerima hukuman dan larangan tidak dibenarkan memuatnaik atau melakukan sebarang posting, malah tidak dibenarkan sama sekali menggunakan sebarang perisian media sosial seperti Facebook, Twitter, Blog dan sebagainya.

Bagaimanapun, pasangan ini nampaknya benar-benar keras kepala dan seolah-olah mencabar larangan berkenaan.

Buktinya, mereka telah memuatnaik sebuah filem pendek berdurasi 2 minit berjudul ‘Regret’ di laman Youtube dan Twitter. Sejak dimuatnaik Rabu lalu, Regret telah menerima lebih 5,000 tontonan di laman Youtube.

Diarahkan oleh Alvin, filem ini memaparkan Vivian sebagai subjek utama melakukan monolog berkaitan kekesalan hidupnya yang keliru untuk memilih jalan terbaik.

Sebagai penyelesaian, Vivian akhirnya mengelar pergelangan lengan di akhir video.

Ternyata, ramai penonton tidak terkesan dengan hasil seni terbaru pasangan ini malah mengkritik tindakan mereka. Antara komen yang dilontarkan termasuk:

“Apa tujuan filem pendek ini dihasilkan? Ia sepatutnya memberi pengajaran bukan mendorong orang menyerah kalah!” ,

“Halangan apa? Anda yang buat hal lepas itu merungut susah pada orang”,

“Tak salah nak gapai cita-cita tapi kenalah realistik dan tak terlalu kontoversi. Jangan lupa juga untuk hormat orang lain jadi orang lain pun akan hormatkan anda..”,

dan;

“Cuba nak masuk dunia hiburan? Jauh lagi.. tak semua orang mampu jadi terkenal.”

Alvin-Vivian
Alvin-Vivian
Alvin-Vivian

Tidak kiralah apa pun yang cuba disampaikankan oleh pasangan ini, persoalan pokoknya adalah mereka patut akur pada larangan yang dikenakan.



Sekarang soalnya bukan lagi kandungan bahan yang mereka muatnaik di laman sosial kerana walaupun ia tidak lucah dan mencabar ketenteraman seperti sebelum ini sekalipun, nasi sudah menjadi bubur.

Jadi mereka seharusnya tunggu saja keputusan mahkamah kelak.

Sumber: Mynewshub


View the original article here