Pasangan blogger seks, Alvin Tan atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee atau Lee May Ling, 24, nampaknya tak serik-serik menagih publisiti.
18 Julai lepas, pasangan ini telah didakwa bersama-sama kerana memuatnaik satu penerbitan menghasut di laman Facebook ‘Alvin and Vivian – Alvivi’ berupa kandungan gambar dan komen bertajuk “Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!” mengandungi logo Halal.
Mereka juga didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/di tempat sama, antara 6 Julai dan 7 Julai lepas, antara 9 malam hingga 2 pagi.
Pasangan itu juga didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama di kalangan penganut agama berlainan.
Kesemua kesalahan itu didakwa mengikut Akta Hasutan 1948, Akta Penapisan Filem 2002 dan Kanun Keseksaan.
Susulan itu, mereka menerima hukuman dan larangan tidak dibenarkan memuatnaik atau melakukan sebarang posting, malah tidak dibenarkan sama sekali menggunakan sebarang perisian media sosial seperti Facebook, Twitter, Blog dan sebagainya.
Bagaimanapun, pasangan ini nampaknya benar-benar keras kepala dan seolah-olah mencabar larangan berkenaan.
Buktinya, mereka telah memuatnaik sebuah filem pendek berdurasi 2 minit berjudul ‘Regret’ di laman Youtube dan Twitter. Sejak dimuatnaik Rabu lalu, Regret telah menerima lebih 5,000 tontonan di laman Youtube.
Diarahkan oleh Alvin, filem ini memaparkan Vivian sebagai subjek utama melakukan monolog berkaitan kekesalan hidupnya yang keliru untuk memilih jalan terbaik.
Sebagai penyelesaian, Vivian akhirnya mengelar pergelangan lengan di akhir video.
Ternyata, ramai penonton tidak terkesan dengan hasil seni terbaru pasangan ini malah mengkritik tindakan mereka. Antara komen yang dilontarkan termasuk:
“Apa tujuan filem pendek ini dihasilkan? Ia sepatutnya memberi pengajaran bukan mendorong orang menyerah kalah!” ,
“Halangan apa? Anda yang buat hal lepas itu merungut susah pada orang”,
“Tak salah nak gapai cita-cita tapi kenalah realistik dan tak terlalu kontoversi. Jangan lupa juga untuk hormat orang lain jadi orang lain pun akan hormatkan anda..”,
dan;
“Cuba nak masuk dunia hiburan? Jauh lagi.. tak semua orang mampu jadi terkenal.”
Tidak kiralah apa pun yang cuba disampaikankan oleh pasangan ini, persoalan pokoknya adalah mereka patut akur pada larangan yang dikenakan.
Sekarang soalnya bukan lagi kandungan bahan yang mereka muatnaik di laman sosial kerana walaupun ia tidak lucah dan mencabar ketenteraman seperti sebelum ini sekalipun, nasi sudah menjadi bubur.
Jadi mereka seharusnya tunggu saja keputusan mahkamah kelak.
Sumber: Mynewshub

No comments:
Post a Comment