Mungkin ada
yang terlepas pandang,antaranya perihal sperma yang dihasilkan
suami.Sejauh manakah ia berkualiti?Ramai suami tidak memikirkan perkara
ini sebaliknya hanya sekadar mahu ejakulasi.Keadaan ini membuatkan
isteri yang menginginkan cahaya mata kecewa.
Jadi jika anda ingin menjadi bapa dalam masa terdekat maka ikuti tip yang diberikan bagi meningkatkan jumlah dan kualiti sperma.
Belajar untuk berhenti merokok
Lelaki dan
rokok sangat sinonim biarpun kebelakangan ini wanita juga menjadi
pengguna.Sekiranya anda prihatin pada pasangan dan inginkan kualiti
kesihatan yang baik maka berhentilah merokok.
Disamping
menyebabkan nafas berbau,perokok juga mampu mempengaruhi kekurangan
sperma.Berdasarkan kajian yang dijalankan menemui perokok memiliki
jumlah sperma yang lebih sedikit berbanding lelaki yang tidak merokok.
Jadi tunggu
apa lagi.Cubalah berhenti dari sekarang sekiranya anda benar-benar
prihatin tentang zuriat dan kesihatan diri serta pasangan yang dicintai.
Elak pakai seluar ketat
Mungkin ada
yang tersenyum bila membaca fakta ini.Hakikatnya ia benar dan bukannya
sesuatu yang lucu.Sebolehnya elakkan dari memakai seluar yang ketat dan
kurang pengaliran udara.Ini kerana testis perlu memiliki suhu yang lebih
sejuk berbanding bahagian tubuh yang lain.
Oleh kerana
itulah maka seluar yang dipakai terlalu ketat secara tidak langsung
mengganggu keselesaan testis untuk bernafas.Sekali gus ia menjadi faktor
pendorong untuk mengurangkan jumlah sperma soran lelaki.
Pilih makanan yang baik dan seimbang
Makanan yang
baik menjamin tubuh yang sihat.Begitu juga dengan pola makanan yang
perlu diambil bagi meningkatkan produksi sperma.Semuanya harus rendah
lemak,tinggi kandungan protein dan banyakkan sayur-sayuran.Biar semuanya
seimbang dan menyihatkan.
Rancang waktu untuk seks
Masalah
sperma cair mungkin berlaku disebabkan kekerapan ejakulasi.Ini kerana
sperma akan berkurangan apabila hubungan intim dilakukan dalam tempoh
waktu yang agak dekat.
Mungkin
setiap hari atau selang dua hari,siapa tahu.Oleh itu,rancanglah masa
yang sesuai untuk bersama dengan pasangan.Tidak semestinya kalau sehari
tidak berhubungan akan menjejaskan kualiti perkahwinan.
Katakan tidak pada alkohol
Selain
merokok,satu tabiat lagi yang perlu dihentikan ialah pengambilan
alkohol.Ini kerana ia mampu menjejaskan fungsi hati sekaligus ,
menyebabkan peningkatan estrogen dalam badan.
Kesan
estrogen yang tinggi secara tidak langsung mempengaruhi produksi
sperma.Dengan mudah,jumlah sperma akan berkurangan sekiranya anda masih
tegar mengambil alkohol dalam kuantiti yang banyak dan kerap.
Selain itu elakkan dari mengambil dua makanan berikut:
1.Daging berlemak
Daging
memang baik untuk membekalkan tenaga tetapi jika berlebihan,ia
mengundang masalah kesihatan pada anda.Memakan daging dengan kuantiti
yang banyak menyebabkan pengambilnya malas bergerak,agresif dan fikiran
tidak tenang.
Oleh itu
kurangkan kuantiti pengambilan daging dalam diet makanan harian kerana
ia boleh membuatkan anda tidak bersemangat untuk melakukan seks bersama
isteri tercinta.
2.Makanan segera
Umum
mengetahui,makanan segera mengandungi bahan kimia yang mampu merosakkan
tahap kesihatan seseorang.Malah pengambilan terlalu kerap juga dikatakan
boleh melemahkan sperma sekali gus mengakibatkan kemandulan.
No comments:
Post a Comment