iklan 728x90

Pages

Tuesday 4 February 2014

Peminat Taylor Swift Naik Ke Pentas Beri Nota


GARA-GARA terlalu meminati Taylor Swift, seorang peminat lelaki sanggup mengambil risiko berlari naik ke atas pentas untuk berjumpa dengan penyanyi itu.

Kejadian itu berlaku sewaktu penyanyi itu sedang membuat persembahan di O2 Arena, London sempena konsert jelajahnya.

Bukan itu sahaja, dia juga menyerahkan sekeping nota yang tidak diketahui isi kandungannya kepada Taylor.

Bagaimanapun, penyanyi itu tidak kelihatan panik, sebaliknya sangat tenang dan melemparkan senyuman manis kepada peminatnya itu.

Taylor juga turut bersalaman dengan lelaki tersebut sebelum dua pengawal keselamatan bertindak menarik peminatnya itu turun dari pentas tersebut.

Kami pasti peminat yang lain gigit jari melihat keberanian lelaki itu bertemu dengan penyanyi kesayangan mereka.


Oleh: ELZA

(Sumber asal: Mirror)

No comments:

Post a Comment