Ciri-Ciri Wanita Paling Diidamkan Lelaki | Hampir semua lelaki yang
tertarik dengan keayuan wajah dan kecantikan seseorang gadis. Namun,
kecantikan bukanlah resepi utama untuk menjadi gadis dambaan seorang
lelaki.
1. Sikap Keibuan
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan,
lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu
membuatlelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah
dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan
baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan
dalam diri masing2.
2. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya
tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.
tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan
hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan
wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita
ceria membuat lelaki lebih berghairah.
3. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima
seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih
waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika
lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus
mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti
duduk persoalannya.
4. Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn
wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn
tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat
lelaki berasa bangga.
5. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa
kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik
menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman,
pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg
terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara
tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga
menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga
penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak.
Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau
dah punya anak 3??
6. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak
berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik
kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar
teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg
baik.Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg
agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan
wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka
lelaki dgn baik dab berfikiran terbuka.
7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di
mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara
berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg
baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia
mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di
kampung.
8. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang
wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati
dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk
diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg
dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak
akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki
memperlakukan dirinya sesuka hati.
9. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg
susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar
dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada
dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.
No comments:
Post a Comment