PETALING JAYA: Pelakon Chacha Maembong percaya gosip dan cerita kontroversi tidak akan membawa karier lakonannya ke tahap lebih tinggi.
Chacha atau nama
sebenarnya, Siti Aishah Ismail, 18, berkata, populariti akan datang
dengan sendiri jika dia bekerja keras dalam memberikan produk terbaik
kepada peminat.
"Tiada gosip atau
kontroversi bukan ukur pelakon itu tidak berbakat dan ia bukan pengukur
untuk meletakkan tahap seseorang artis itu.
"Saya tidak percaya
bahawa gosip mampu membawa tahap karier artis ke tahap lebih tinggi
sebaliknya kerja keras adalah kunci utama," katanya kepada mStar Online.
Tambah Chacha, peminat hari ini juga semakin bijak untuk menilai seseorang artis itu berdasarkan bakat atau pun populariti.
"Bagi saya peminat
tidak akan sedar kehadiran saya sebagai pelakon jika lakonan yang
diberikan tidak meninggalkan kesan," katanya.
Bagaimanapun,
Chacha berkata, dia bukan menidakkan kepentingan publisiti buat golongan
selebriti sebaliknya mahu cuba berjaya atas bakat dan bukannya
populariti.
Sementara itu,
mengulas mengenai pencalonannya dalam Anugerah Bintang Popular Berita
Harian 2013 (ABPBH 2013) menerusi kategori Artis Wanita Baru Popular,
Chacha berkata, dia tidak menyangka terpilih dan ia bukti bakatnya
semakin mendapat perhatian peminat.
"Saya percaya bukan
hanya populariti yang melayakkan saya berada dalam senarai itu tetapi
juga kerana peminat mula memberikan perhatian kepada bakat saya,"
katanya.
Dalam perkembangan
lain, Chacha berkata, dia kini sedang sibuk dengan penggambaran drama
bersiri terbitan Skop Production berjudul Cinta Dari Marikh dan
drama Yes Bos! Mstar
No comments:
Post a Comment