Brasilia:
Wanita Brazil yang sudah empat kali cuba menjual daranya kepada pembida
tertinggi di Internet akhirnya membatalkan hasratnya itu.
“Bidaan ditutup,” kata Catarina Migliorini kepada Huffington Post melalui emel.
Sebaliknya,
Yahoo! Brazil melaporkan Catarina, 23, bercadang menyerahkan dirinya
kepada pemenang bagi rancangan realiti ‘There’s Something About
Catarina’ yang masih dalam peringkat perancangan di Brazil.
Bagi
rancangan itu, 20 lelaki dari seluruh dunia akan bertanding untuk
menjadi pasangan seks pertama Catarina selain memenangi hadiah AS$1 juta
(RM3.3 juta).
Sebuah laman web diwujudkan untuk mencari calon bagi rancangan berkenaan.
Ini kali keempat Catarina berusaha meraih untung daripada menjual daranya.
Kali pertama dilakukan pada Oktober 2012 melalui dokumentari Australia ‘Virgins Wanted’ membabitkan bidaan di Internet.
Pemenangnya jutawan Jepun dikenali sebagai ‘Natsu’ dengan tawaran sebanyak $780,000 (RM2.6 juta).
Bagaimanapun,
Catarina kemudian menarik diri kerana ragu-ragu mengenai ‘Natsu’ dan
identiti sebenarnya selain mendakwa hampir ditipu pembuat dokumentari
itu. - Agensi
No comments:
Post a Comment