Guru 42 Tahun Didapati Bersalah Buat Gigitan Cinta dan Cium Bibir
Pelajar 13 Tahun | Di Singapura seorang guru wanita sekolah rendah
berusia 42 tahun didapati bersalah melakukan aksi berahi membabitkan
muridnya yang baru berusia 13 tahun.
Guru terbabit didakwa beberapa kali mencium bibir murid terbabit selain
meninggalkan ‘gigitan cinta’ pada tengkuk dan bahu mangsa.
Harapkan cikgu, cikgu makan murid.
Harapkan cikgu, cikgu makan murid.
Akhbar New Strait Times melaporkan, guru yang dirahsiakan identitinya
kerana dibimbangi boleh terkait dengan identiti mangsa telah beberapa
kali keluar janji temu dengan murid tersebut sejak awal 2012, ketika
mangsa berusia 12 tahun lagi.
Dia mula mengenali mangsa kerana anak lelakinya turut bermain bola sepak
dalam pasukan sama, selain mengajar tarian Melayu kepada dua kakak
mangsa.
Pada penghujung 2012, mangsa dikatakan sanggup ponteng sekolah
semata-mata untuk sarapan pagi bersama guru tersebut di McDonald Nanyang
Technological University.
Setelah itu, mereka sama-sama menaiki bas ke taman berhampiran. Di
sinilah mangsa dicium dan diberikan gigitan cinta sebelum dibawa pergi
menonton wayang di Clementi Mall.
Pada Oktober 2013, guru terbabit didakwa mengulangi perbuatannya di
Botanical Garden diikuti keesokan harinya di Sentosa, begitu juga pada
tarikh 13 November 2013.
Perbuatan keji itu hanya terbongkar selepas ibu mangsa yang tujuh tahun
lebih muda daripada guru terbabit terlihat gigitan cinta di leher
anaknya pada 14 November. Setelah didesak anaknya menceritakan apa telah
berlaku.
Sebaik mengetahuinya, ibu mangsa membuat laporan di sekolah dan balai polis.
Ketika perbicaraan suami guru tersebut dan ahli keluarganya yang lain
turut hadir dan menenangkannya yang kelihatan bersedih, lapor Mynewshub.
Keputusan akan diumumkan 19 Februari ini. Sabit kesalahan, guru terbabit boleh didenda SD10,000 dan lima tahun penjara. sumber
No comments:
Post a Comment