iklan 728x90

Pages

Saturday, 25 January 2014

Uqasha Sudah Mula Buat Persiapan Kahwin


Pelakon Uqasha Senrose menyatakan dia kini sedang membuat persiapan menjelang hari bahagianya bersama kekasih, Pekin Ibrahim.


Sebelum ini, hubungan mereka pernah dilanda badai apabila aktres itu dikatakan curang dengan seorang lagi pelakon berbadan sasa, Sharnaaz Ahmad.

Namun, tidak lama selepas itu hubungan mereka kembali pulih apabila Pekin menyifatkan perbalahan mereka adalah disebabkan sedikit salah faham yang terjadi.

Kakak kepada Nelydia Senrose ini juga mengatakan hanya akan mengumumkan tarikh perkahwinannya apabila segala persiapan yang dirancangkan sudah selesai dilakukan.

“Kami bukanlah nak sorok-sorok. Cuma persiapan belum siap 100 peratus lagi. Sekarang ini masih dalam planning. Bila dah siap semuanya nanti baru kami akan umumkan tarikh,” katanya memetik portal Ohbulan.

Kalau begitu, tahniah diucapkan dan jadikan pengajaran segala kesilapan lalu dan kalau ada masalah jangan terus melatah bercerita kepada pihak media agar hubungan mereka terus kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

Tak gitu?

Oleh: AUDREY LEE

No comments:

Post a Comment