iklan 728x90

Pages

Saturday, 25 January 2014

Sharifah Shahirah Bawa Anak Ke Konti Ultra


STESEN radio terbaru di Lembah Kelang Ultra FM yang dilancarkan pada November tahun lepas kini sudah mula menarik pendengar dari pelbagai latar belakang dan umur terutamanya di Lembah Kelang.

Radio berkenaan yang bersiaran melalui frekuensi 101.3FM banyak memutarkan lagu dari semua zaman asalkan ia diminati oleh orang ramai dan juga peminat-peminatnya.

Segmen-segmen di Ultra FM banyak dikendalikan oleh artis yang sebelum ini banyak memeriahkan industri hiburan dan bukannya menjadi penyampai radio antaranya Sharifah Shahirah, Jimmy Shanley dan Mamat Sepah.
Hari ini, penyampai segmen Ultra 3-8 iaitu siaran bermula pukul 3 petang hingga 8 malam itu memuatnaik gambarnya sedang bertugas di konti bersama dengan kehadiran anak perempuannya yang masih berpakaian sekolah.

Kasihan Sharifah Shahirah yang terpaksa membawa sekali anaknya yang baru pulang dari sekolah untuk sama-sama menemaninya bersiaran di waktu puncak ketika orang ramai sedang pulang bekerja di waktu petang.



“Haaaaa.. ingat ni Kidzania, Balik.. mama nak kerja.. dah lah mak kau selalu tersasul,” kata Sharifah Shahirah di laman Ultra melalui kemaskini statusnya.

Selain segmen beliau, segmen pagi iaitu Ultra 6-10 dikendalikan oleh Jimmy Shanley dan Mamat Sepah, Segmen pagi Ultra 10-3 dikendalikan oleh Mon Ryanti dan segmen malam Ultra 8-1pagi dikendalikan oleh Fizi Ali. – IBNU K

No comments:

Post a Comment