Gayo Lues
(Aceh): Seorang lelaki yang tidak sampai 24 jam bernikah tidak sempat
menikmati malam pertama apabila dia ditangkap kerana membunuh seorang
tetamu majlis perkahwinannya.
Baharudin
menikam tetamu terbabit, Alim, menyebabkan mangsa mati selepas mereka
bergaduh kerana mancis dalam kejadian di Kampung Pining Benteng.
Jurucakap polis tempatan Inspektor Asrijul, Baharudin sebelum ini pernah mengalami sakit jiwa.
“Dia pernah gila.
Pernah dikurung dan menjalani rawatan di hospital Banda Aceh. Selepas
dipercayai pulih, dia dinikahkan oleh ibu bapanya,” kata Asrijul.
Kejadian berlaku ketika sekumpulan remaja berkumpul di rumah ibu bapa Baharudin, termasuk Alim.
“Baharudin
mendekati Alim dan bertanyakan mancis. Alim menjawab tidak tahu. Suspek
merasakan dirinya dipermainkan lalu mengambil pisau dan menikam rakan
sekampungnya itu,” kata Asrijul.
Menurutnya, Alim
mati dalam perjalanan ke hospital sementara Baharudin ditahan sebelum
dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan mental....sumber
No comments:
Post a Comment