iklan 728x90

Pages

Thursday 2 January 2014

Itu Bukan Tweet Dari Saya, Najwa Latif

 

ARTIS remaja, Najwa Latif kesal dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab dalam isu tweet yang dikatakan dibuat olehnya bahawa berlaku kejadian beberapa wanita diraba semasa perhimpunan TURUN di Dataran Merdeka,  semalam.

Malam tadi, Najwa membuat persembahan sempena konsert Ambang 2014 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka.

Beliau berkata tweet berkenaan bukan dibuat olehnya dan ia adalah tweet yang telah diubahsuai.

“Selepas timbul kisah tweet itu, saya ada terima beberapa mention yang ditujukan kepada saya yang agak kasar, saya tahu siapa yang memulakannya saya harap ia akan berakhir dengan baik,” katanya ketika dihubungi Mynewshub.my hari ini.

Menurut Najwa, ketika kejadian para peserta perhimpunan naik ke atas pentas utama berlaku beliau sudah bergerak keluar dari Dataran Merdeka bersama Pengurusnya, Azahari Jaafar dan kakaknya balik ke rumah.

Mengulas mengenai perhimpunan itu, Najwa berkata ketika menyanyikan lagu Sahabat di atas pentas beliau tidak nampak kekecohan berlaku sebaliknya memberikan fokus kepada penonton di hadapannya sahaja.

“Ketika saya membuat persembahan saya tidak menerima apa-apa ejekan seperti ‘booo’ atau sebagainya sebaliknya penonton di hadapan saya tetap bernyanyi bersama dan bertepuk tangan saat saya mengalunkan lagu Sahabat.

“Persembahan saya bermula pukul 11.15 dan berakhir pada pukul 11.20 malam, selepas itu pengurus saya dan kakak saya terus pergi ke kereta dan bergerak keluar dari Dataran Merdeka,” katanya.

Ketika ditanya adakah beliau tahu akan berlakunya satu perhimpunan haram di Dataran Merdeka, Najwa berkata pengurusnya ada memaklumkan hal berkenaan tetapi demi orang ramai yang hadir untuk menyambut tahun baru, Najwa teruskan menjalankan tugasnya bernyanyi pada malam itu.

Tambahnya, setakat ini beliau tidak merancang untuk mengambil apa-apa tindakan  terhadap individu yang memalsukan tweet beliau hanya berharap ia tidak akan diperbesar-besarkan lagi.

No comments:

Post a Comment