iklan 728x90

Pages

Thursday 2 January 2014

Gangsterock, Filem Sulung Arahan Sofi Jikan

 

Profesion pelakon Sofi Jikan kini beralih menjadi pengarah apabila Gangsterock: Kasi Sengat merupakan filem sulung yang menjadi taruhannya sebagai seorang pengarah.

Sofi telah diberi tanggungjawab sebagai pengarah menerusi produksi YKS Filmaker Sdn Bhd milik Yusof Kelana dan Serina Redzuawan itu.

Proses penggambaran filem bergenre muzikal komedi aksi itu akan bermula pada 11 Januari depan dengan membabitkan kos sebanyak RM1.1 juta.

Memetik laporan sebuah akhbar baru-baru ini, Sofi berkata, “kalau diikutkan, saya pernah mendapat beberapa peluang mengarah filem komersial sebelum ini, tapi saya terpaksa menolaknya kerana ketika itu fokus saya pada lakonan”.

“Sekarang saya lihat masa sesuai untuk saya duduk di kerusi pengarah selepas lebih sedekad menimba ilmu dan pengalaman sebagai pelakon dan krew,” katanya.

Sebelum ini, Sofi pernah membuat kenyataan mahu bersara daripada pentas lakonan beriktutan berikutan sering menerima watak lakonan yang sama sahaja.

Semoga kerjaya Sofi dalam pengarahan akan berjaya dan setanding dengan pengarah-pengarah tersohor yang lain hendaknya!

No comments:

Post a Comment