GEORGETOWN: “Saya mampu melayan antara enam hingga tujuh pelanggan dalam sehari dengan caj RM170 bagi satu perkhidmatan seks,” dakwa seorang remaja berusia 16 tahun yang mengaku bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO).
Gadis bawah umur
berasal dari Kedah itu membuat pengakuan berkenaan ketika ditahan dalam
serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Chain Ferry, Butterworth, awal
pagi semalam.
Pengakuan berani gadis berkenaan mengejutkan sepasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) yang mengadakan operasi mencegah maksiat.
Operasi ‘Ops Gedik’
bermula jam 11 malam dan berakhir kira-kira jam 4 pagi itu membabitkan
sepasukan 12 pegawai penguat kuasa agama diketuai Ketua Unit Penguat
Kuasa Jaipp, Faizal Ibrahim.
Ketua Penolong
Pengarah Penguat Kuasa dan Pendakwaan Jaipp, Jaafar Ismail, berkata
dalam pemeriksaan kira-kira jam 1.30 pagi itu, empat wanita berusia
antara 20-an hingga 30-an ditahan termasuk remaja berusia 16 tahun itu.
Katanya, gadis berkenaan dilihat berada atas sofa dalam keadaan berpakaian seksi dalam pusat hiburan itu dan mengaku bekerja sebagai GRO di pusat hiburan itu.
“Hasil soal siasat, remaja itu mengaku sudah bekerja sebagai GRO sejak lebih sebulan lalu dan turut menyediakan perkhidmatan seks kepada pelanggan dengan bayaran tertentu.
“Remaja itu turut mengaku memberikan perkhidmatan seks
dengan caj RM170 bagi satu sesi dan perkhidmatan dilakukan dalam bilik
khas (bilik VIP) di pusat hiburan berkenaan,” katanya ketika ditemui, di
sini, semalam.
Jaafar berkata,
remaja itu turut membuat pengakuan mampu melayan sehingga tujuh
pelanggan sehari dan jika dihitung, dia akan meraih pendapatan sehingga
RM1,200 sehari atau hampir RM20,000 sebulan.
Katanya, kemampuan untuk hidup mewah dalam sekelip mata mampu menarik perhatian ramai remaja dan wanita bekerja sebagai GRO biarpun berdepan dengan risiko ditahan Jaipp.
“Ketaksuban untuk hidup mewah tanpa mengira dosa pahala membuatkan mereka sanggup menggadai diri demi wang dan menjadi bahan pemuas hawa nafsu lelaki hidung belang,” katanya.
Jaafar berkata,
dalam pemeriksaan itu, gadis bawah umur berkenaan turut memberitahu
baru selesai melayan seorang pelanggan dan mengaku pernah menjadi mangsa rogol beramai-ramai, sebelum ini.
Beliau berkata, pihaknya turut menahan tiga wanita termasuk seorang daripadanya mengandung tujuh bulan yang menyorok di bawah meja bagi mengelak dicekup pegawai penguat kuasa Jaipp.
Katanya, dua
lagi wanita termasuk seorang wanita warga Indonesia ditahan kerana
didapati bersembunyi dalam stor yang dipenuhi dengan botol minuman
keras.
“Pihak Jaipp turut memeriksa tiga bilik VIP yang dipercayai digunakan GRO di pusat hiburan itu untuk melakukan hubungan seks bersama pelanggan,” katanya.
Jaafar berkata,
dalam pemeriksaan terdahulu kira-kira jam 11.30 malam, Jaipp menahan
tiga wanita berusia antara 19 hingga 22 tahun yang berpakaian seksi sedang melayan tiga lelaki bukan Islam sambil minum minuman keras.
Semua mereka yang ditahan kemudian dibawa ke Balai Polis Butterworth untuk dibuat laporan tangkapan bagi tindakan lanjut.
“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 35 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 kerana mengalakkkan maksiat dan sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.
No comments:
Post a Comment