iklan 728x90

Pages

Sunday 12 January 2014

Bahana Rakam Polis Wanita Buang Air

 

Singapura: Seorang lelaki berusia 24 tahun, Ling Jia Hui boleh disifatkan sebagai seorang yang begitu berani kerana telah merakam seorang anggota polis wanita yang berpangkat sarjan di sebuah balai polis dekat sini. Difahamkan Ling merakam anggota polis tersebut yang sedang membuang air di tandas balai polis dengan menggunakan telefon bimbitnya.
Ling yang juga seorang juru teknik melakukan perbuatan tersebut pada Jun 2012 dan dia juga berdepan tuduhan dengan kesalahan mencabul seorang  wanita apabila dia menghubungi dan menanyakan tentang saiz coli yang dipakai mangsa pada Mei tahun yang sama.
Mahkamah telah mengjatuhkan hukuman dua minggu penjara kepada selepas dia mengaku kesalahan semalam(9 Januari 2014). Dia juga akan diberi pengawasan selama 9 bulan.


No comments:

Post a Comment