iklan 728x90

Pages

Tuesday, 3 December 2013

Zara Zya Akui Hilang Privasi

 

Hilang privasi diri....Itulah harga yang terpaksa dibayar Zara Zya akibat limpahan populariti yang dikecapi apabila setiap ruang hidupnya mahu diambil tahu oleh pihak lain dan ini menyebabkan ruang kehidupan peribadinya kini semakin mengecil.
  
“Saya akui sejak drama ‘Mr Arrogant’ saya mula dikenali walaupun hakikatnya sudah 10 tahun saya didalam industri ini. Dan semenjak itu jugalah saya terpaksa akur yang privasi saya semakin kurang. Dulu saya bebas nak keluar berjalan mana-mana sebab tak ada orang yang kenal, sekarang tidak lagi. Begitu juga dengan hal peribadi kehidupan saya ”

“Walaupun privasi saya sudah semakin kurang tapi tak ada apa-apa tentang diri saya yang berubah, saya tetap masih macam dulu dan selesa dengan keadaan sekarang. Kalau ada peminat yang nak bergambar saya akan layan. Lagipun saya jenis orang yang susah nak kecilkan hati mana-mana pihak” Jelas Zara Zya.

Jelas Zara lagi dia sama sekali tidak menyangka apa yang dikecapinya pada hari ini datang dengan secara tiba-tiba walaupun sudah bertapak hampir 10 tahun dan menganggap dirinya masih baru didalam bidang yang penuh dengan sensasi ini sambil berharap peminat diluar tidak hanya mengenalinya hanya semata-mata watak Zaara Amirah didalam Mr Arrogant.

No comments:

Post a Comment