iklan 728x90

Pages

Friday, 13 December 2013

Zain Saidin Pandai Pujuk Ibu - Dedah Anak Rozita Che Wan

 

Anak sulung Rozita Che Wan iaitu Ammar Effendy, 17, mendedahkan bapa tirinya iaitu pelakon Zain Saidin bijak memujuk ibunya terutama sekali apabila berlakunya perselisihan faham.

Ammar berkata, Zain akan bercakap menggunakan dialek Kedah setiap kali mahu memujuk Rozita dan petua itu mampu membuat ibunya tersenyum disebabkan dialek Zain itu berbunyi agak pelik.

"Uncle (Zain) memang pandai pujuk mommy (Rozita) guna dialek Kedah. Kelakar bunyinya apabila ‘mat saleh celup’ berbahasa begitu.

"Dia bukan sahaja pandai mengambil hati mommy tetapi juga saya dan adik (Aniq Ezzra, 15). Uncle selalu bawa kami main bola dan tengok wayang," katanya.

Ammar ditemui selepas majlis pernikahan Rozita atau nama sebenarnya Rozita Che Wan, 40, dan Zain, 29, di Gazebo Setia City Convention Centre, di sini pada malam Rabu. Pada majlis akad nikah itu, kedua-dua pasangan sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.

Rozita menerima sembilan peti hantaran termasuk mas kahwin berjumlah RM9,300, sebentuk cincin bernilai RM93,000 dan wang hantaran sebanyak RM23,000.

Ammar dan Aniq merupakan anak Rozita hasil perkahwinan terdahulu Rozita dengan Azuar Effendy Zulkafly, 41. Mereka berpisah pada 2003.


Zain Saidin Pandai Pujuk Ibu - Dedah Anak Rozita Che Wan | Anak sulung Rozita Che Wan iaitu Ammar Effendy, 17, mendedahkan bapa tirinya iaitu pelakon Zain Saidin bijak memujuk ibunya terutama sekali apabila berlakunya perselisihan faham.

Dalam pada itu, Aniq pula berkata, ibunya mula memberitahu mengenai perancangan perkahwinan mereka empat bulan lalu dan berita itu membuatkan dia dan abangnya gembira.

"Sebelum itu, mommy membawa kami bercuti di Genting Highlands dan memperkenalkan Uncle kepada kami.

"Tetapi masa itu dia tak cakap apa-apa kerana mommy ini kalau nak tahu, seorang perahsia. Dah lama selepas itu barulah mommy terangkan pada kami.

"Mula-mula rasa peliklah juga, maklumlah Uncle kan lebih muda dari mommy. Tetapi melihat kesungguhan Uncle terhadap mommy membuatkan kami selesa dan pada masa sama mereka tidak mengabaikan saya dan abang," ujarnya yang masih tidak tahu apakah panggilan paling sesuai buat Zain sekarang ini.

Ditanya adakah mereka tidak sabar untuk menerima adik baharu, seloroh Ammar: "Kan saya dah ada adik dah. Tetapi bolehlah juga, dapat adik kacukan."


No comments:

Post a Comment