Rasa curiga seorang suami selepas permintaan melakukan hubungan kelamin ditolak isteri, membongkar rahsia perbuatan jijik wanita terbabit yang dikatakan menjalinkan hubungan intim dengan ‘kekasih gelap’ yang juga majikannya di sebuah rumah sewa di Kampung Petagas, di sini, sejak tujuh bulan lalu.
Perbuatan
wanita berusia 28 tahun itu semakin terserlah apabila suaminya terbaca
khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur cinta dalam telefon bimbit
isterinya, malam kelmarin.
Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam ketika suami wanita itu dikatakan ingin melakukan hubungan kelamin, tetapi ditolak isteri kononnya kepenatan kerana bekerja.
“Tidak lama
kemudian, telefon bimbit isteri berdering singkat diikuti bunyi SMS,
menyebabkan suami wanita itu mengambil telefon dan terkejut apabila
melihat SMS tertera perkataan ‘sayang’ dihantar seorang lelaki.
“Lelaki
terbabit kemudian meminta penjelasan isteri berkaitan lelaki yang
menghantar SMS itu, tetapi tidak diendahkan wanita itu sebelum pujukan
suami menyebabkan wanita mengakui menjalinkan hubungan dengan majikan,” katanya.
Sumber berkata,
lelaki terbabit yang terkejut dengan pengakuan isterinya kemudian
memanggil individu berkaitan yang juga seorang India Muslim bagi
mendapatkan penjelasan.
Menurutnya, lelaki itu mengaku melakukan hubungan seks dengan wanita itu sejak tujuh bulan lalu dan ia diakui wanita terbabit.
“Wanita itu turut mengaku kerap mengadakan hubungan seks
dengan lelaki terbabit dua kali sehari pada waktu siang di rumah sewa
lelaki berkenaan yang terletak berhampiran tempat kerja wanita
berkenaan,” katanya.
Sumber berkata,
suami wanita itu kemudian memanggil imam di kampung berkenaan, Imam
Norisham Purah yang juga Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Sabah (JHEAINS) yang kemudian membawa pasangan terbabit ke Balai
Polis Putatan.
Norisham
berkata, siasatan mendapati wanita itu bekerja di sebuah kedai runcit
milik lelaki terbabit di Kampung Petagas sejak Mac lalu dan sejak itu
mereka melakukan hubungan seks di rumah sewa lelaki berkenaan.
“Kedua-dua
mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Putatan untuk diambil keterangan
sebelum dibebaskan dengan ikat jamin, menurut sumber Hmetro.
“Pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 80, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah kerana melakukan persetubuhan haram,” katanya.
Difahamkan, suami wanita terbabit dijangka menceraikan isterinya berikutan kecewa dengan kejadian itu.
No comments:
Post a Comment