JOHOR BAHRU : Pengalaman dua kali rumah dimasuki perompak membuatkan hidupnya trauma sehingga kini. Malah lebih menyedihkan apabila wanita malang itu turut dibogelkan mereka yang tidak berperikemanusiaan itu. Sudahlah hidupnya susah bersama seorang anak orang kurang upaya (OKU), dia dirompak
lagi sambil dihunus dengan parang panjang tanpa ada belas kasihan.
Salmina Yusof, 48, berkata, kejadian kedua selepas dua bulan dirompak
pada hujung tahun lalu benar-benar meninggalkan kesan trauma dalam
hidupnya dan membuatkannya lebih berhati-hati. Menurutnya, dia
diperdayakan dua lelaki yang memintanya membuka pintu pagar kerana ingin
menghantar sumbangan kepada anaknya, Nurul Syafikah Jasni, 17.
"Mereka telanjangkan saya bulat-bulat sambil menghunus parang panjang selepas saya merayu tak ada duit nak diberikan".
Mungkin mereka fikir saya ada sembunyikan barang berharga selepas kali pertama merompak mereka mengambil komputer riba milik seorang lagi anak yang sedang belajar di institusi pengajian tinggi (IPT).
"Sampai hati mereka aibkan saya sedemikian rupa, sedangkan tubuh badan yang mereka telanjangkan ini tidak ubah seperti tubuh badan ibu sendiri". katanya, di sini semalam.
Turut hadir,
Penyelia Pusat Aduan Rakyat Permas, Syed Othman Syed Abdullah yang
berkesempatan menghulurkan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan
kepada keluarga terbabit. Salmina berkata, hidupnya hanya bergantung
harap kepada wang pencen suaminya dan bantuan bulanan daripada Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk Syafikah.
Katanya, wang
itu digunakan secara berjimat-cermat untuk membeli lampin pakai buang
Syafikah, barangan dapur dan bekalan ubatnya yang menghidap sakit
tulang, kencing manis dan darah tinggi. Saya masih bersama suami tapi
dia jarang balik...ni pun dah lama dia tak pulang menjenguk kami
sehingga Syafikah kerap memanggil-manggil nama ayahnya, katanya.
No comments:
Post a Comment