PORT DICKSON - Tindakan lima lelaki beragama Islam mengunjungi sebuah rumah urut ketika waktu solat Jumaat semalam membawa padah apabila premis berkenaan yang terletak di Lukut di sini diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen.
Dalam serbuan kira-kira pukul 1 petang itu, turut ditahan enam wanita warga Thailand dengan lima daripada mereka sedang leka mengurut pelanggan yang berada dalam keadaan separuh bogel.
Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, semua wanita berkenaan ditahan kerana tidak memiliki permit kerja dan masuk ke negara ini sebagai pelancong.
Katanya, dalam serbuan itu pihaknya menahan lima lelaki tempatan berusia 20 hingga 30 tahun yang leka diurut oleh lima wanita terbabit.
"Kita membuat serbuan ini selepas maklumat risikan mendapati pemiliknya menggaji pekerja warga asing tanpa permit yang sah".
No comments:
Post a Comment