iklan 728x90

Pages

Monday, 30 December 2013

PANAS~ Intan Layana,Rita Rudaini & Julia Ziegler Serang PA Penipu

 

Hari ini menerusi rancangan hiburan Melodi, 3 artis bersama rakan media telah "menyerang" seorang bekas pengurus artis Intan Ladyana kerana dilaporkan telah banyak melakukan penipuan terhadap mereka dan juga peminat.

Setelah diserang bertalu-talu, bekas pengurus Intan Ladyana itu yang dikenali sebagai Cik NOR AIN YUSSOF atau lebih dikenali sebagai AIN akhirnya mengakui kesilapannya dihadapan kamera Melodi.


Menerusi laman rasmi Fanpage Intan Ladyana, beliau turut memberi ingatan kepada peminat dan pihak berkenaan tentangbekas pengurusnya itu,
[ADMIN] ISU HANGAT @ MELODI TV3 (12.30pm/29 Dec 2013)
Pengumuman ini bukanlah bertujuan untuk membuka aib atau memalukan sesiapa. Sekadar untuk berkongsi dan moga tidak ada lagi individu yang tertipu ini. Sekiranya anda mahu mengetahui dengan lebih lanjut, silalah tonton program MELODI di TV3 (12.30pm/29 Dec 2013).

Di sini kami juga mengambil kesempatan untuk mengumumkan bahawa Cik NOR AIN YUSSOF atau lebih dikenali sebagai AIN sudah tidak berkerja sebagai Pembantu Peribadi (PA) kepada selebriti INTAN LADYANA semenjak OGOS 2013. Oleh Itu sebarang kutipan wang atau kertas kerja yang di usulkan olehnya tidak ada kena mengena dengan Intan Ladyana. DI sini kami ingin memberitahu bahawa AIN tidak mempunyai sebarang projek/program bersama Intan Ladyana, Jadi bagi sesiapa yang telah memberi sebarang tajaan dalam bentuk kewangan ataupun barangan kepada Cik Ain (atas niat atau fahaman yang anda sedang mengikuti /usahasama bersama Intan Ladyana) dinasihatkan untuk membuat laporan Polis, KECUALI Jika anda memang menaja Cik Ain untuk projek/program yang di buat oleh Cik Ain dengan rela hati. Terima Kasih.
Bekas PA Intan Penipu - Cik Nor Ain Yussof

Menurut kenyataan artis tersebut di Melodi, ramai peminat dan pihak hiburan sendiri telah tertipu dengan Nor Ain, malah ada pihak yang kerugian sehingga mencecah RM60,000- Oihh...banyak sangat tu.


Tinjauan admin di laman Instagram Rita Rudaini turut memuatkan tentang perkara ini, menurut Rita,
Klau sape2 pernah kenal or tejumpa org ni tolg jauhkn diri anda kerana dia ni PENIPU TARAF PROFESIONAL...jgn tertipu dgn cara pakaian dia,percakapan KESIAN dia..sape2 yg pernah kena dgn dia sila REPORT POLIS.
Menurut mereka lagi, laporan polis telah dibuat dan berharap tiada lagi pihak lain yang tertipu dengan bekas PA Intan Ladyana itu.


Sebelum ini menerusi Harian Metro, Intan Ladyana pernah melaporkan di media tentang penipuan yang dilakukan oleh Nor Ain.

Apapun, diharapkan isu ini berjaya dibawa ke muka pengadilan dan semoga pihak lain yang pernah tertipu dengan bekas PA itu turut tampil membuat aduan di balai polis berdekatan.



No comments:

Post a Comment