iklan 728x90

Pages

Sunday, 22 December 2013

Nooraida Rela Hati Diceraikan Talak Satu

 


Ini sesuatu yang mengejutkan sebenarnya sedang dalam kita sibuk melihat sang suami lantang mempertahankan hak isterinya. Nooraida yang terlibat dalam skandal Adi Putra dikhabarkan telah diceraikan talak satu oleh suaminya Amiruddin Othman, semalam.
OHBULAN! melaporkan yang Amiruddin Othman mengakui telah menceraikan isterinya itu dengan talak satu pada 19 Disember 2013. Hal tersebut telah didedahkan sendiri oleh Amiruddin ketika ditemui pihak media di hadapan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya, hari ini.
“Saya telah menceraikan dia (Nooraida) dengan talak satu pada jam 4.30 pagi di rumah kami di Johor Bahru. Kami bercerai secara baik”
“Walaupun kami sudah tiada ikatan apa-apa, tapi kami berdua telah bersetuju untuk menegakkan kebenaran. Ini kerana ketika perkara itu berlaku, kami masih lagi suami isteri dan selama empat bulan ini maruah saya telah tercalar,” ujarnya.
Amiruddin Othman dan Nooraida sebelum ini telah mendirikan rumah tangga selama 10 tahun dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Noor Fasha Dania, 7 tahun.


No comments:

Post a Comment