iklan 728x90

Pages

Sunday, 22 December 2013

Iqram Dinzly Mengamuk Lamaran Ditolak Soo Wincci

 

Hubungan rapat antara Soo Wincci dan Iqram Dinzly memang diketahui ramai selepas mereka sering kali dilihat meluangkan masa bersama walaupun mempunyai jadual ketat.
Soo Wincci sendiri pernah mengakui sedang berkawan rapat dengan pelakon kacak Iqram Dinzly namun belum terfikir untuk melangkah ke alam perkahwinan.

"Setakat ini, kami hanya kawan biasa, tidak lebih dari itu. Saya dan Iqram selalu meluangkan masa bersama. Rumah dia (Iqram) dan rumah saya berdekatan. Dia selalu menemani saya jika ada masa. Terlalu sibuk dengan aktiviti sekarang sehingga saya tidak sempat memikirkan lansung mengenai perihal cinta."
"Saya ada sasaran hidup yang masih belum tercapai. Awal-awal lagi saya sudah berjanji, selagi tidak menjejakkan kaki di Hollywood, saya tidak akan fikir langsung untuk mempunyai hubungan istimewa dengan sesiapa."


Mengulas tentang gimik lamaran dan pemberian cincin oleh Iqram terhadap beliau, Wincci menjelaskan bahawa dia amat terkejut melihat Iqram muncul di majlis pelancaran album Su Winsi.

"Sedikit pun tidak menjangka dia akan datang. Apabila pengacara majlis beritahu akan ada kejutan dan saya lihat Iqram datang sambil membawa bunga dan cincin, saya sungguh terkejut kerana dia sanggup buat sedemikian."

"Saya sudah beritahu Iqram, saya belum bersedia untuk bercinta selagi tidak sampai ke Hollywood dan dia faham."

Dalam pada itu, Iqram Dinzly didakwa berang dan marah dengan perangai rakan artis yang cuba memburuk-burukkan hubungannya dengan Soo Wincci.

"Kenapa dia perlu persoalkan hubungan saya dengan Wincci, apa masalah dia?

"Sepatutnya, dia sebagai seorang artis yang berpangkat senior lebih berfikiran matang. Saya tidak mahu sebut nama dia di sini, tapi saya rasa umum tahu siapa artis jemputan yang paling senior dalam rancangan Masterchef Selebriti."


No comments:

Post a Comment