iklan 728x90

Pages

Monday, 9 December 2013

Lelaki Sudah Matang atau Belum, Ini Tandanya

 

DIBANDINGKAN dengan lelaki, seorang wanita memang lebih cepat matang. Wanita lebih mudah menetapkan kesejahteraan psikologinya dibanding lelaki setelah masa remaja. Menjalani hubungan dengan lelaki yang belum matang atau masih kebudak-budakan, kadang-kadang membuat wanita menjadi kecewa. Apakah Anda salah satunya?

Anda mengaku menyukai dan mencintainya, namun ada baiknya berfikir dua kali untuk menjalin hubungan dengan lelaki yang belum matang. Lelaki yang manja dan tidak matang merupakan dua jenis yang berbeza. Lelaki yang manja, belum tentu lelaki yang belum matang.

Jadi, kategori lelaki yang belum matang itu seperti apa ya, ladies?

Hobi clubbing

Setiap orang suka enjoy dan menghabiskan masa bersama kawan-kawan, namun jika umur lelaki tersebut telah lebih dari 25 tahun, namun ia masih suka mengunjungi club dan mabuk-mabuk, maka ia dapat dikatakan sebagai lelaki yang belum matang. Lelaki yang sudah berfikiran matang, tahu cara menyeimbangkan antara enjoys dan tanggungjawabnya sebagai seorang lelaki.


Tidak memikirkan masa depan

Di awal bekerja, setiap orang pasti ingin memanfaatkan gajinya untuk bersenang-lenang tanpa merancang terlebih dahulu. Namun jika dia sudah beberapa tahun kerja, tapi tidak memiliki rancangan dengan pendapatannya untuk perkara yang lebih berguna, contohnya membeli kereta atau rumah, maka dia bukan tipikal lelaki matang. Pasalnya, dia hanya hidup untuk dirinya sendiri dan tidak ingin diganggu oleh kehadiran seorang pendamping hidup, termasuk Anda.


Game adalah hidupnya

Apabila seorang lelaki masih suka bermain game, bererti dia merupakan orang yang belum matang. Jika seseorang hidup hanya untuk bermain game, seperti Play Station atau XBox sepanjang hari, tanpa melakukan kegiatan lain, itu pertanda bahawa dia sebagai seorang lelaki, pemikirannya belum matang. Memiliki hobi bermain video game, boleh saja, namun tetap harus diselingi oleh kegiatan lainnya, seperti bersukan, membaca buku, bertemu teman, atau melakukan aktiviti lain yang lebih bermanfaat.


Ego

Ketika remaja, sebagai seorang lelaki boleh menjadi ego dan berlaku sesuai dengan keinginan hati. Ketika dia sudah meningkat dewasa, sifat egonya semestinya sudah dapat diimbangi. Jika lelaki tersebut masih ego, maka Anda akan memiliki masalah jika terus berhubungan dengannya.


Masih bergantung pada orang tua

Ciri lelaki yang belum matang lainnya adalah masih meminta wang daripada orang tuanya. Sebagai lelaki yang sudah matang, sebaiknya dia yang membiayai keperluan kedua orang tuanya, iaitu bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri.


Tidak konsisten

Wanita pada umumnya sangat menginginkan seorang lelaki yang memiliki konsistensi, ketegasan, dan kekuatan. Lelaki zaman sekarang, biasanya hanya mengutamakan dan menonjolkan kemampuan dan karisma, tetapi tidak menekankan kesetiaan. Hanya kesetiaan yang dapat membuat seorang lelaki dapat terus berkembang dalam hidupnya dan karakter yang akan membuatnya bertahan.

No comments:

Post a Comment