iklan 728x90

Pages

Friday, 6 December 2013

Lelaki Lebih Tertarik Inner Beauty Wanita Berkulit Gelap

 

WANITA yang memiliki kulit putih dan mulus dianggap mampu menarik hati dan perhatian lelaki. Sehingga tak hairanlah jika ramai wanita berlumba-lumba untuk melakukan rawatan kecantikan agar mendapatkan kulit putih dan mulus tersebut.

Dari survei yang dipetik dari Boldsky, tidak semua lelaki tertarik pada wanita yang berkulit putih. Ramai lelaki juga tertarik melihat wanita yang berkulit gelap atau hitam. Menurut mereka, wanita yang berkulit gelap jauh lebih terlihat menarik dan penampilannya cenderung tidak membosankan. Wanita berkulit hitam dianggap memiliki inner beauty seorang wanita yang tidak dimiliki oleh wanita berkulit putih.

Jadi inner beauty bagaimanakah yang dimiliki oleh wanita berkulit gelap tersebut? Ini ulasannya.

Menarik secara visual

Wanita berkulit gelap kelihatan manis dan eksotik. Kebelakangan ini, ramai selebriti yang ingin memiliki kulit eksotik. Jika wanita di Indonesia rela mengeluarkan wang yang banyak hanya untuk mendapatkan kulit putih dan bersinar, berbeza halnya dengan apa yang dilakukan oleh wanita asal Eropah, Amerika, Australia, dan Jepun. Mereka lebih tertarik untuk memiliki kulit dengan warna yang tidak terlalu terang. Menurut para wanita tersebut, wanita yang memiliki kulit berwarna gelap, selain nampak lebih gaya, ia adalah wanita yang elegan.


Lebih berkarakter

Lelaki menyukai wanita berkulit hitam kerana secara fizikal lebih berkarakter. Keindahan tubuh wanita kulit hitam sangat baik untuk diertikan.


Awet muda

Wanita berkulit hitam kelihatan lebih muda dibandingkan wanita berkulit putih. Wanita berkulit putih kelihatan lebih dewasa dan mudah keriput.


Lebih berani

Wanita yang memiliki kulit berwarna gelap dianggap sebagai wanita yang memiliki confident yang baik, berdikari, berani, dan lebih mencabar.


Natural

Wanita berkulit gelap kelihatan lebih natural daripada wanita berkulit putih. Tanpa menggunakan sentuhan make up, wanita berkulit gelap sudah kelihatan menarik. Berbeza dengan wanita berkulit putih, tanpa menggunakan make up, wanita berkulit putih cenderung akan kelihatan pucat. Selain itu, wanita berkulit gelap dianggap sebagai lebih photogenic dibandingkan dengan wanita berkulit putih.


No comments:

Post a Comment