Ouch. Kalau kami jadi Lana Nordin, kenyataan ini memang pedih untuk
kami terima. Sebulan yang lalu, Johan As’ari beriya mengatakan yang Lana
Nordin merupakan wanita yang didoakan bertemu jodoh denganya di depan
kaabah ketika mengerjakan umrah
Hari ini menerusi laporan Kosmo!, Johan As’ari
berkata yang beliau tidak pernah meletakkan status kekasih pada Lana
Nordin dan menganggap hubungan dengan pelakon itu hanya sekadar kawan
biasa yang rapat dengan dirinya.
“Sebagai seorang pelakon yang berkecimpung dalam industri ini, saya
mempunyai ramai kawan. Ada yang saya anggap sebagai teman biasa dan ada
juga yang rapat dengan saya. Kenalan yang rapat bukan bermakna hubungan
kami lebih daripada itu”
“Selama ini, saya tidak meletakkan sebarang taraf ketika berkawan
dengan Lana. Apa yang pasti sekarang, status saya dan Lana hanya kawan
biasa sahaja”
“Apa yang saya boleh katakan juga kini, soal masa depan dan hubungan
cinta, saya serahkan semuanya pada takdir Allah. Semua keputusan
terletak ditangan-Nya,” ujar Johan As’ari.
Dalam laporan sama, Johan As’ari turut menolak dakwaan yang
mengatakan dirinya dahagakan publisiti murahan dengan membuat tindakan
mengejut sebegini
No comments:
Post a Comment