iklan 728x90

Pages

Sunday, 29 December 2013

Aktres Filem Lucahh ‘PANASKAN’ Bollywood

 

MUMBAI: Seorang bintang filem lucah membuat penampilan pertama Bollywood semalam dalam produksi dijangka paling panas dalam industri perfileman India.

Sunny Leone, anak pasangan India tetapi lahir di Kanada membawa watak pelakon lucah dalam filem Jism 2 (Tubuh 2).

Tayangannya memang diperkatakan ramai, sama seperti poster promosinya yang mencetuskan kontroversi kerana bersifat provokatif. Datuk Bandar Mumbai, Sunil Prabhu, mengarahkan poster Jism 2 ditanggalkan dari bas awam di bandar raya itu, selepas seorang ahli politik mendakwa ia tidak senonoh. Iklan filem itu memaparkan seorang wanita tetapi bukan Sunny bergaya seksi dan menggoda di bawah selimut yang basah.

Pengkritik berkata, langkah itu adalah contoh terbaru dasar “pengawasan moral” dilaksanakan di Mumbai, selepas beberapa serbuan ke atas pusat hiburan popular dijalankan pihak berkuasa baru-baru ini. Sunny, 31, memang popular di AS dan mula mencipta nama di India sejak menyertai siri realiti di televisyen, Bigg Boss, tahun lalu. Menurut Sunny, filem Hindi pertamanya itu bukan produksi murahan.

“Ya, promosinya mungkin membayangkan filem ini sarat dengan aksi seks tetapi sebenarnya ia adalah cerita thriller dramatik. Anda boleh mengharapkan beberapa kejutan,” katanya. Video menggunakan judul filem itu yang dimuat naik di YouTube mencatat hampir tiga juta pelawat sejak bulan lalu.

Dalam promosi di Delhi Jumaat lalu, Sunny mengejutkan media tempatan apabila bergaya dengan pakaian dalam sambil berbaring di atas katil. Dia juga muncul dalam iklan kondom serta kempen amal haiwan India. - AFP


No comments:

Post a Comment