“Sebaik pintu
lif terbuka sahaja, saya ternampak lelaki negro sedang meraba punggung
dan tubuh gadis Melayu. Namun saya tidak boleh berbuat apa akibat
tergamam melihat kejadian itu. Lagipun tubuh lelaki itu sasa dan besar.
Mangsa kelihatan berada dalam ketakutan sangat,” jelas gadis Melayu
berusia 24 tahun, kini menetap di apartmen di Flora Damansara, Petaling
Jaya, Selangor.
Flora kini dikenal pasti menjadi lubuk penempatan warganegara Afrika terutama dari Nigeria.
Menurut pengawal keselamatan, Santa Tamang, 20 tahun, berasal dari Nepal, dia bertugas di blok F sejak 2 bulan lalu.
“Saya memang ada ronda,” katanya ringkas.
Tanpa mengenali identiti saya, dia berasa tidak begitu selesa berkomunikasi. Sewaktu gambarnya dirakamkan, dia cuba tunduk.
“Ambil gambar, kes itu security guard tembak punya ke?,” soalnya.
Rupanya, dia juga mengetahui kes pegawai operasi Ambak ditembak mati
oleh pengawal keselamatan di Subang Jaya, Selangor lebih seminggu lalu.
Sebaik rakan setugasnya, Akash Kumar datang menghampiri, fakta mula dIdedahkan.
“Sudah berapa lama kerja?,” soal saya.
“Dia dua bulan, saya empat bulan,” balas Akash.
Kami kemudian memfokuskan perbincangan kepada isu gangguan negro terhadap wanita tempatan.
“Satu bulan lepas, kira-kira jam 3 petang, lelaki negro meraba punggung
seorang perempuan Melayu di dalam lif di tingkat 23. Dia datang berjumpa
saya, menangis teresak-esak. Ada juga kes lelaki dan teman wanita
perempuan negro bergaduh di dalam lif. Dua hari lalu, empat kenderaan
peronda polis datang ke sini,” jelasnya.
Akash menetap di Malaysia sejak 4 tahun lalu dan dia agak fasih berbahasa Melayu.
“Saya berdoa setiap kali pintu lif terbuka, tiada negro akan menaiki lif
bersama saya. Saya takut sangat, berpeluh. Sebelum ini, saya menghantar
anak kepada pengasuh di blok E. Setiap kali menaiki lif, saya berasa
amat khuatir,” ujar Iris Nani Khalid, 36 tahun, sewaktu saya temui,
menurut sumber Pilihan anda.
Sewaktu berada di lokasi sama, saya terserempak pelajar kolej warga Nigeria, Bruno Jospeh, 23 tahun.
Tatkala berada di lokasi, saya berpeluang merakamkan senario amat
menarik. Gadis tempatan, berusia dalam lingkungan 20 an sedang menunggu
lif dan tiba-tiba muncul seorang lelaki Afrika, berdiri pada jarak 2
meter darinya.
Saya perhatikan, wajah gadis itu berubah pucat dan gerak-gerinya menunjukkan dia berasa kurang selesa.
kualalumpurpos-
No comments:
Post a Comment