Menurut Zain, 29, dia dan Rozita akan mengadakan sebuah sidang media
khas bagi mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada pertengahan bulan
hadapan selepas dia kembali dari Amerika Syarikat kerana menjalani
penggambaran.
"Saya tidak pernah memberitahu kepada sesiapa untuk bernikah pada tarikh
tersebut dan itu hanyalah andaian daripada pihak lain dan bukannya
datang dari mulut saya atau pun Rozita.
"Bagaimanapun persoalan itu akan terjawab pada satu sidang media khas
untuk mengumumkan perkara itu sekembalinya saya daripada Amerika
Syarikat pada pertengahan bulan hadapan," katanya lagi.
Sebelum ini ada akhbar melaporkan pasangan itu dipercayai memilih tarikh
tersebut kerana ia mempunyai turutan angka yang menarik dan sumber
turut mengesahkan mengenai perkara berkenaan.
Dalam pada itu, Zain tidak menafikan tarikh berkenaan istimewa dan
menjadi pilihan banyak pasangan pengantin untuk melangsungkan
perkahwinan.
"Ia adalah tarikh popular dan saya agak bimbang sekiranya kami memilih
tarikh itu ia akan bertembung dengan banyak majlis lain yang mungkin
akan menimbulkan masalah.
"Apa-apa pun masih belum ada keputusan muktamad mengenai tarikh kahwin
kami dan ia akan dijelaskan pada sidang media itu nanti," ujarnya.
Pada 29 September lalu, keluarga Zain merisik Rozita dalam satu majlis tertutup di Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur.
Sementara itu, mengulas mengenai kekasihnya mengadakan sesi bergambar
pra-perkahwinan di London baru-baru ini, Zain berkata, dia tidak dapat
menyertai Rozita kerana sedang menjalani penggambaran Fear Factor di
Cape Town, Afrika Selatan.
"Rozita ke sana bersama ahli keluarga yang lain dan dia ke sana bukan
semata-mata untuk mengambil gambar pra-perkahwinan tetapi menguruskan
beberapa perkara lain," katanya.
Dalam perkembangan lain, Zain berkata, dia bakal berangkat ke Amerika
pada Jumaat (esok) untuk menjalani penggambaran telefilem Oh! My
English.
No comments:
Post a Comment