iklan 728x90

Pages

Wednesday, 13 November 2013

NURUL IZZAH KENA 'SONDOL' DARI BELAKANG!!!

 

PKR tidak perlu mempertikaikan usaha kerajaan untuk menempatkan 30 anggota polis cawangan khas di London, England, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.


Shahidan berkata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sengaja mempertikaikan tindakan itu semata-mata mahu mempolitikkan isu tersebut.


"Saya kalau dari segi keselamatan, kalau kita perlukan 60 orang pegawai SB dari segi keselamatan, maka 60 oranglah, kalau 30 orang, 30 oranglah, mereka hendak intip ke apa ke, itu kita tidak tahu. Itu tugas mereka...


"Contoh kalau saya dibenarkan untuk menggunakan SB untuk menyiasat, mungkin saya menghantar 60 orang, buat apa 30 orang?," katanya kepada AntaraPos ketika ditemui tadi di Parlimen.


Shahidan dalam pada itu membidas Izzah yang padanya telah membocorkan strategi keselamatan negara.


Beliau kemudiannya mahu siasatan diadakan bagi mengesan bagaimana Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengetahui rahsia sulit keselamatan negara.


"Dia (Izzah) kene dedahkan, kalau dia tidak dedahkan, dari mana dia dapat maklumat itu?


"Dan kita akan minta pihak keselamatan negara ambil tindakan bagaimana dia dapat kebocoran maklumat sedemikian rupa?," katanya.


"Dia boleh bocor macam-macam tetapi kebocoran keselamatan negara, dia tidak boleh main-main, ini soal keselamatan, mana boleh orang tahu sampai ada 30 pegawai SB di London dan orang SB sendiri pun mereka tidak tahu ada berapa SB.


"Yang tahu ini mungkin peringkat-peringkat atas saja, kebocoran ini perlu diambil tindakanlah, kalau kita diam juga, negara ini baik kita jual pada oranglah sebab mana kita pergi pun orang tahu, tetapi apabila Nurul Izzah pergi mana-mana saya tidak tahu? Jadi pelik pula dia boleh tahu orang pergi mana," katanya.


Ahli Parlimen Jempol, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata Izzah tidak sewajarnya sentiasa menanggguk di air yang keruh lebih-lebih lagi melibatkan isu keselamatan negara.


"Perkara ini mudah, kalau kita tidak salah, jadi kenapa kita takut? Walaupun sampai 100 orang datang mengintip, apa jadi masalah walaupun kita rasakan diri kita rasa betul, kita tidak mendatangkan curiga kepada mana-mana pihak.


"Jadi ini satu perkara yang mudah tetapi sebab dia (Izzah) ini orang politik, dia cuba politikkan perkara ini," katanya.


Izzah pada forum mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Bangsar, Kuala Lumpur malam tadi mempersoalkan tindakan kerajaan menempatkan 30 anggota polis cawangan khas di London, England.


Izzah berkata kos menempatkan kontinjen tersebut di London dibiayai oleh dana awam sedangkan setahu beliau, tiada ancaman keselamatan dalaman pada Malaysia yang berasal dari negara Eropah itu.


No comments:

Post a Comment