Tempoh perkenalan selama enam bulan diberikan pengasas jenama tudung
terkenal Fareeda, Faridah Zakaria sebagai syarat kepada Fizo Omar untuk
membuktikan cinta terhadap anak gadisnya, Mawar Abdul Karim akhirnya
menjadi kenyataan.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, kini sah
berstatus ‘suami orang’ apabila selamat diijabkabulkan dengan wanita
pilihan hatinya yang juga Pengurus Pemasaran Tudung Fareeda, Mawar, 24.
Bertempat di kediaman keluarga Mawar di Country Heights, Kajang, Ahad
lalu, pasangan merpati dua sejoli ini selamat disatukan dalam ikatan
sah walau pun kalau diikutkan tempoh perkenalan di antara mereka begitu
singkat.
Mengakui sudah mengenali isterinya kira-kira setahun lalu,
perjalanan perhubungan cinta pasangan ini sama sekali tidak berlaku
secara terburu-buru. Ia berlaku mengikut ketentuan jodoh yang sudah
ditetapkan Yang Maha Esa.
“Walaupun proses perhubungan cinta kami tidak sama seperti yang dilalui
pasangan lain kerana masing-masing sibuk dengan komitmen terhadap
karier dalam perniagaan, namun hati tetap yakin bahawa Mawar adalah
jodoh saya.
Hmetro
No comments:
Post a Comment