iklan 728x90

Pages

Monday, 18 November 2013

Gundik Neraka - Hanya jadi pemuas nafsu

 

KUALA LUMPUR: Dia hanya gadis naif berasal dari sebuah kampung di utara Semenanjung. Tanpa kelulusan tinggi, Nadia yang ketika itu berusia 21 tahun berhijrah ke ibu kota untuk mencuba nasib sebagai pekerja kilang.
Bagaimanapun, tidak sampai dua bulan di Kuala Lumpur, perkenalannya dengan ahli perniagaan, Zahrain, 53, mengubah kehidupannya untuk bakal bergelar ‘penghuni neraka’.
Diberi duit poket RM5,000 sebulan seperti gaji eksekutif muda dan disediakan rumah serta kereta, Nadia nekad berhenti kerja 12 tahun lalu, semata-mata inginkan kemewahan dan keselesaan hidup selepas lelaki itu berjanji menjadikannya isteri kedua.
Namun janji tinggal janji. Impiannya untuk menjadi suri hidup lelaki kaya itu belum kesampaian, sebaliknya dia hanya dijadikan pemuas nafsu sejak 12 tahun lalu.
Setiap kali diajukan soalan berkaitan perkahwinan, pelbagai alasan diberikan Zahrain seperti belum bersedia dan minta bersabar.

Gundik Neraka. Hanya jadi pemuas nafsu
Nadia - Setia menunggu sebagai isteri kedua



Ketagih bertukar ‘suami gelap’


KUALA LUMPUR: Jika Nadia dijadikan perempuan simpanan selepas dijanji untuk dijadikan isteri kedua, Lina, 28, pula sebaliknya.
Wanita ini seakan-akan ketagih menjadi pemuas nafsu orang kenamaan dan ahli perniagaan serta tidak kisah bertukar-tukar pasangan asalkan dibuai kemewahan hidup.
Kini, Lina langsung tidak bekerja tetapi dihadiahkan sebuah kereta, disediakan rumah sewa dan turut diberi duit poket RM8,000 sebulan oleh seorang ahli perniagaan.
Menurutnya, dia terbabit dalam kancah maksiat sebaik tamat pengajian di universiti awam, beberapa tahun lalu.
Selepas menamatkan pengajian, Lina menghadiri pelbagai temu duga kerja hinggalah dia bertemu usahawan berjaya, Khairil (bukan nama sebenar) yang cuba memikatnya untuk dijadikan wanita simpanan. - Sumber


No comments:

Post a Comment