Tahniah
diucapkan buat pelakon, Riz Amin atau nama sebenarnya, Norizam Amin
Nordin, 28, yang kini sah bergelar suami kepada pilihan hatinya,
Sharifah Fazlina Syed Fuad, pagi semalam.
Di majlis yang berlangsung di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit
Jelutong itu, Riz menyerahkan jongkong emas bernilai RM5,000 sebagai mas
kahwin, wang hantaran RM10,000 berserta tujuh dulang hantaran. Pihak
perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran.
Riz dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Syed Fuad Mohd Bakhir.
Majlis Resepsi Riz dan pasangannya bakal berlangsung malam ini di Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya.
Mungkin ramai yang kurang mesra dengan nama Riz Amin, tetapi wajahnya
biasa dikenali kerana dia sudah lapan tahun berkecimpung dalam bidang
lakonan.
Antara drama lakonannya adalah telefilem Takdir Yang Tertunda dan drama bersiri, Skuad Metro.
No comments:
Post a Comment