Ketika ditemui, Alfeeq Haiqal yang kini seorang freelance fitness
trainer atau pelatih kecergasaan di sekitar Lembah Klang itu telah
merancang untuk memberi kejutan kepada ibunya itu yang sedia maklum
mengenai minatnya dalam menyertai pertandingan sebegini.
“Sehingga ke hari ini, saya belum memberi tahu dia(Noraniza Idris)
mengenai perkara ini kerana ingin membuat kejutan kepadanya. Dia akan
mengetahuinya pada malam ini jika dia dapat hadir pada acara
memperkenalkan finalis yang dianjurkan oleh penganjur Mister Planet
Malaysia 20134 di Upstairs Club, Cheras.
“Daripada dulu dia mengetahui minat saya dalam bidang peragaan dan
lakonan malah dia memang menyokong minat saya kearah itu jadi saya rasa
dia tidaklah akan sangat terkejut,”cerita Alfeeq Haiqal mengenai
rancangan untuk memberitahu ibunya mengenai kejayaan menjadi finalis
Mister Planet Malaysia 2014.
Julung kali diadakan di negara ini, Mister Planet Malaysia 2014
dianjurkan oleh Malaysian United Nations Pageant dibawah kelolaan Azman
Bosri mencari idola jejaka tempatan untuk bertanding di Mister Planet
2014 di Filipina tahun hadapan dengan 60 perserta daripada seluruh
dunia.
Alfeeq Haiqal telah mendapat sokongan teman-teman yang dapat melihat
kebolehannya dalam bidang seni antaranya dunia lakonan. Berbekalkan
wajah dan keyakinan diri, dia cuba untuk percaya pada kelebihan yang
dimilikinya itu sebagai senjata serta penguat semangatnya didalam
pertandingan ini.
“Saya pun tak tahu kelebihan saya berbanding peserta lain tetapi saya
harus percaya dengan apa yang saya miliki dan keyakinan yang tinggi
untuk membuatkan kita tampil menyerlah. Keyakinan diri sangat membantu
mengawal setiap gerak langkah kita dan saya cuba untuk tidak kehilangan
sepanjang pertandingan ini.
“Sedikit sebanyak saya buat juga research di Internet mengenai
pertandingan seumpama ini dan juga pertandingan ratu cantik bagi melihat
contoh-contoh soalan yang seringkali diajukan kepada peserta acara
sebegini,”tambahnya yang mengaku masih solo dan tiada sebarang masalah
untuk menerima komitmen bercinta dalam masa terdekat.
Tidak meletakkan sebarang jolokan atau title, menjadi finalis sudah
membuka mata anak kepada penggiat muzik tradisional dan irama Malaysia
ini untuk mengembangkan bakatnya dalam dunia seni terutamanya dunia
lakonan.
No comments:
Post a Comment