iklan 728x90

Pages

Saturday 19 October 2013

Tuduhan Saya Larikan RM30,000 Mengarut - Afiq Muiz

Pelakon Afiq Muiz menyifatkan tuduhan dia sengaja melarikan diri dari syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd. setelah menerima wang pendahuluan sebanyak RM30,000 sebagai mengarut.

Afiq Muiz
Afiq Muiz.

Afiq atau nama sebenarnya Muhammad Afiq Muiz Azman Shah, 21, berkata, hanya orang tidak mempunyai akal sahaja yang menuduhnya berbuat demikian kerana dia dan syarikat produksi berkenaan tidak mempunyai sebarang masalah.

"Saya masih lagi bernaung dengan Global. Tuduhan orang ramai yang mengatakan saya larikan duit produksi itu adalah mengarut. Hanya orang bodoh saja kata saya larikan duit Global Station.

"Mereka menuduh saya tanpa usul periksa. Jika benar saya larikan duit mereka, sudah lama saya ditangkap. Sedangkan pihak sana (Global) yang menyekat baki wang saya.

"Cuma baki wang tersebut akan diberi mengikut persetujuan kami menerusi urus janji yang sudah dibincangkan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis

Terdahulu, Afiq sudah menerima pendahuluan sebanyak RM30,000 selepas mengikat kontrak sebagai artis residen produksi berkenaan namun aktor itu direhatkan seketika ekoran kontroversi berhubung pergaduhan dia dengan ibunya, Hasliza Mohd, 48.

Selepas beberapa bulan kontroversi itu reda, syarikat produksi berkenaan cuba menghubungi Afiq namun dia tidak menjawab panggilan mahupun membalas mesej khidmat pesanan ringkas (SMS).

Tambah Afiq, dia tidak muncul dalam sebarang karya Global Station kerana pada ketika itu dia sibuk menjalani penggambaran drama di bawah produksi lain.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Afiq kini sedang menjalani penggambaran drama Angin Syurga bersama aktres Jue Aziz dan Leez terbitan RTM dan bakal muncul dengan drama Ratu Syuhada untuk siaran televisyen sama.

"Alhamdulillah, tawaran kerja saya semakin berlambak. Ternyata kontroversi tidak menjejaskan karier lakonan saya.

"Pada Disember ini pula saya akan ke Korea bagi menjalani penggambaran drama di bawah terbitan syarikat produksi Pujangga Kreatif," ujarnya.

Sumber: mStar


View the original article here

No comments:

Post a Comment