iklan 728x90

Pages

Saturday 19 October 2013

Hanis Zalikha Akui Rapat Dengan Hairul Azreen

Pelakon dan pengacara Hanis Zalikha tidak menafikan aktor Hairul Azreen adalah lelaki paling rapat dengannya ketika ini.

Hanis memberitahu walaupun Hairul rapat dengannya 
namun hubungan tersebut sekadar teman biasa.

Hanis, 23, berkata, dia selesa berkawan dengan Hairul kerana pemuda itu adalah kenalan lamanya selain sifat dia yang cukup mengambil berat terhadap orang lain.

"Saya rapat dengannya kerana kami sudah berkenalan sebelum bergelar artis lagi dan Hairul boleh dikatakan senior dalam bidang lakonan.

"Jadi dia sering menjadi tempat rujukan apabila saya ingin bertanya sesuatu mengenai lakonan dan kami berkongsi banyak minat sama yang membuatkan kami selesa berkawan," jelasnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Hanis, keakraban itu tidak bererti dia dan Hairul mempunyai hubungan cinta sebaliknya dia menganggap Hairul seperti abangnya.

"Saya tidak mempunyai abang dan dia banyak mengajar perkara-perkara baharu kepada saya dan hubungan baik kami tidak lebih daripada sekadar teman biasa," jelasnya.

Hanis berkata, buat masa ini dia belum terfikir untuk mencari teman lelaki kerana baginya kerjaya adalah keutamaan dan perlu diberi perhatian.

Hairul disifatkan sebagai seorang lelaki yang 
cukup mengambil berat dan periang oleh Hanis.

"Soal cinta saya tolak ke tepi dahulu kerana ia adakah perkara terakhir akan saya fikirkan buat masa ini tambahan pula saya masih muda dan ingin mengejar cita-cita terlebih dahulu," jelasnya.

Sementara itu, Hanis berkata, dia terkilan apabila terpaksa meninggalkan program Mad Market yang telah menaikkan namanya dalam bidang pengacaraan kerana tidak dapat mengikuti jadual penggambaran rancangan itu.

Kata Hanis, dia berat hati untuk meninggalkan program yang disiarkan di TV9 itu namun terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu menimbulkan masalah lain kepada produksi dan dirinya sendiri.

"Sudah tentu saya sedih kerana terpaksa meninggalkan program berkenaan tetapi kerana jadual dan masa yang terhad saya terpaksa meninggalkan Mad Market.

"Namun saya lega apabila penggantinya nanti merupakan sahabat baik saya dan dia sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk menyertai program itu," katanya.

Malah kata Hanis, pihak pengurusannya juga iaitu Astro Talent terpaksa menolak semua tawaran untuknya sehingga penghujung November ini kerana jadualnya yang terlalu padat.

Dalam perkembangan lain, Hanis berkata, selain sibuk mengacarakan Diari Akademi Fantasia 2013 dia kini turut terlibat dalam rakaman program travelog iaitu Pertama Kali With Air Asia X dan Raikan Cinta.

Sumber: mStar


View the original article here

No comments:

Post a Comment