iklan 728x90

Pages

Sunday 6 October 2013

Gambar majlis perkahwinan Amir Jahari dan Kartini Binti Sulaiman

 

Ketika rakyat Malaysia sedang menantikan kelangsungan majlis pernikahan Raja Azmi pada 13 Oktober ini, tup-tup penyanyi lagu Gelisah Amir Jahari dikhabarkan lebih dulu melangsungkan perkahwinannya dengan gadis pilihan, Kartini Binti Sulaiman.

Pertama sekali, admin ucapkan tahniah kepada Amir Jahari kerana telah sah bergelar suami kepada gadis pilihan selain tidak kemaruk menghebohkan kepada seluruh rakyat Malaysia bila hendak berkahwin.

Majlis perkahwinan tersebut diadakan sekitar jam 9.00 pagi tadi dalam keadaan serba ringkas berwalikan ayah Amir dengan mas kahwin berupa seutas rantai dan sebentuk cincin emas di Penview Hotel, Kuching, Sarawak.

Tidak seperti kebiasaan, pertukaran dulang antara pengantin ditiadakan, hanya wang hantaran berjumlah RM10 ribu sahaja diserahkan kepada pihak perempuan. Untuk mekap dan busana majlis pernikahan dan resepsi, kedua-duanya ditaja oleh Famee Abdullah Radzi.

Acara resepsi pula dilangsungkan sekitar jam 11.00 pagi tadi dengan dihadiri sanak saudara terdekat termasuk penyanyi popular, Aizat dan Amar Amdan.
Amir Jahari, penyanyi, artis, hiburan, majlis kahwin, gambar kahwin
Amir Jahari, penyanyi, artis, hiburan, majlis kahwin, gambar kahwin

 sumber : plbgaimacam.blogspot.com/


No comments:

Post a Comment