Di Kanada, seorang usahawan makanan Vegeterian, Peter Ehrlich merupakan pelopor kepada penjualan bijiran yang mampu meningkatkan kekuatan batin yang digelar sebagai Sexcereal.
Ia merupakan bijirin makanan pagi yang didakwa dapat meningkatkan kemampuan seksual mereka yang memakannya. Sexcereal dijual dalam dua variasi yang berbeza iaitu untuk lelaki dan wanita.
Antara kandungan bahan yang boleh meningkatkan ‘kekuatan’ yang menjadi ramuan Sexcereal ialah biji bunga matahari, halia dan badam.
Peter turut mendakwa dengan memakan Sexcereal, kesihatan seksual anda akan menjadi lebih baik selepas itu.
Hmm, macam-macam cara kan.
Sebelum ini ada viagra, sekarang Sexcereal pula.
Masyarakat kita mungkin sudah terbuka dengan perkara-perkara dalam kelambu sebegini dan mungkin tidak lagi menjadi taboo untuk membincangkan perkara ini secara lebih umum.
Sumber: blogserius
No comments:
Post a Comment