iklan 728x90

Pages

Monday, 18 March 2013

Emelda Rosmila Masih Berusaha

 



Emelda Rosmila bagaimanapun akui sehingga kini dia dengan suaminya, Adlin Aman Ramlie masih berusaha untuk memiliki cahaya mata daripada zuriat mereka sendiri.

Pun begitu, Emelda Rosmila berkata dia tidak pernah putus asa menjalani apa jua rawatan di hospital selepas 4 tahun mendirikan rumahtangga.

"Saya tidak pernah putus asa, hari-hari kami mencuba dan berdoa supaya dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri rumahtangga kami. Malah kami tidak pernah merancang.

"Saya juga ada menjalani rawatan di hospital atas nasihat doktor untuk memudahkan saya mendapat zuriat atau hamil. Tapi tidak tahulah mengapa hingga kini kami masih belum dikurniakan cahaya mata.

Mungkin Tuhan mahu kami sentiasa berdua-dua saling manja-manja dan bercinta," katanya kepada murai.com.my ketika Majlis Tayangan Khas Media Filem Sembunyi: Amukan Azazil, baru-baru ini. Emelda dan Adlin telah selamat diijabkabulkan pada 22 Mei 2009.

Bercakap mengenai perkembangan terbarunya, selain menguruskan rumahtangga, Emelda berkata, dia juga sedang mengikuti pengajian dalam bidang Ijazah Komunikasi di Universiti Utara Malaysia (UUM).

"Rumahtangga saya diuruskan seperti biasa walaupun saya mengikuti pengajiaan di UUM. Sekarang dah tahun akhir, Oktober ini saya akan tamat pengajuan. Tak susah nak komited dengan belajar sebab saya buat pengajian di luar kampus. Jadi masa tak padat sangat, malah senang nak bahagikan masa untuk rumahtangga, belajar dengan kerjaya," luahnya lagi.


Dalam pada itu, Emelda yang bakal muncul dalam filem terbaru berjudul Sembunyi: Amukan Azazil pada 28 Mac ini akan mula menjalani penggambaran drama bersiri untuk RTM pada April ini.


No comments:

Post a Comment