iklan 728x90

Pages

Thursday, 28 February 2013

Penyebab Qi & Yuna Berpisah? – Nelydia Jelaskan




Meskipun sebelum ini Nelydia Senrose pernah membuat kenyataan mengenai hubungannya dengan pelakon Qi Razali tidak lebih sebagai kawan, namun masih ada cakap-cakap yang mendakwa dialah yang menjadi penyebab jejaka itu berpisah dengan teman wanitanya, penyanyi Yuna.

Spekulasi dikukuhkan lagi dengan gosip yang timbul baru-baru ini ekoran gambar-gambar mesra mereka tersebar di ruang internet. Malah ada rakan media yang pernah terserempak dengan mereka di sebuah pusat membeli belah beberapa bulan lalu. Lantas pelakon muda yang semakin meningkat naik namanya ini dikatakan sedang asyik bercinta dengan aktor tersebut.

Bertemu dengan Nelydia sendiri di satu majlis, pelakon Setia Hujung Nyawa ini berkata dia sudah dapat menjangka akan berdepan dengan tuduhan sebegini. Walau bagaimanapun gadis berusia 19 tahun ini menafikan perhubungan Qi dan Yuna berakhir disebabkan dirinya.

“Saya bukan punca Qi dan Yuna berpisah. Saya rapat dengan Qi pun baru jer lagi. Hubungan kami sekadar kawan baik”, katanya turut mengakui mula rapat dengan Qi sejak dua bulan lalu tetapi tidak lebih dari seorang teman rapat.

Nelydia ketika ditemui di majlis sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2012), di Holiday Villa, Subang, semalam.

Penuntut Segi College dalam jurusan psikologi ni dan Qi sebelum ini pernah bergandingan dalam drama bersiri terbitan TV9, Friday I’m in Love.

Menyifatkan Qi sebagai seorang lelaki yang bijak, justeru Nelydia mengakui lelaki itu merupakan individu yang sering menjadi bahan rujukan berkenaan pelajaran di kolej.

“Kalau ada apa-apa tugasan kolej yang saya tak faham, saya banyak minta bantuan dia. Dia pun sentiasa bersedia membantu saya. Dengan usia dia nak masuk 37 tahun, Qi matang dan sentiasa bijak dalam setiap tindakannya”, ujarnya yang juga menolak seandainya bertemu jodoh dengan lelaki yang jauh lebih tua darinya asalkan lelaki tersebut matang.

Tambah Nelydia lagi, walaupun dia berdepan dengan tuduhan sebegitu, dia tidak bimbang kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan. Malah menganggap ianya sebagai lumrah sebagai seorang artis.

“Saya tak takut dituduh penyebab mereka berpisah sebab saya tak buat apa-apa. Saya pun tak pernah jumpa dengan Yuna sejak cerita ni timbul. Perkara ni saya anggap lumrah sebagai seorang artis.

Lagipun saya dan Qi memang hanya sebagai kawan. Saya tak pernah tanya apa-apa pasal kehidupan dia mahupun hubungan cinta dia sebab saya tahu saya tak ada hak nak tanya apa-apa”, katanya. – malaysiandigest.com

Aktres Pakistan Dicium Sebanyak 137 Kali Seminit!


Tangan aktres dari Pakistan, Veena Malik dicium sebanyak 137 kali dalam tempoh 60 saat oleh sejumlah lelaki, lapor portal berita Indian Express semalam.

Veena juga dilaporkan memecahkan rekod Guinness World Records bagi kategori menerima ciuman paling banyak di dunia.

Dia mengatasi rekod aktor terkenal Bollywood, Salman Khan yang pernah menerima ciuman sebanyak 108 kali oleh kanak-kanak dalam tempoh sama.

“Saya berjaya menewaskan rekod 108 ciuman yang diterima Salman dengan memperoleh 137 ciuman dalam tempoh seminit,” katanya.

Veena atau nama sebenarnya, Zahida Malik dicium oleh para peserta sebuah rancangan realiti televisyen sempena sambutan kelahirannya yang ke-29 kelmarin.

Dia sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila gambarnya dalam keadaan bogel disiarkan majalah FHM versi India.

-Agensi

Julia Perez Diburu Polis Selepas Gagal Serah Diri


Aktres Indonesia, Julia Perez yang popular dengan nama Jupe, tersenarai sebagai orang yang dikehendaki setelah dua kali gagal menyerah diri ke Pejabat Pendakwa Raya Daerah Jakarta Timur untuk menjalani hukuman penjara selama tiga bulan.

Penyanyi dangdut yang juga pelakon penuh kontroversi ini, didapati gagal memenuhi arahan pejabat pendakwa raya itu pada 14 Feb dan 25 Februari lepas.

Jupe dihukum penjara tiga bulan oleh mahkamah selepas didapati bersalah mencederakan rakan artis, Dewi Persik (nama popular Depe) di lokasi penggambaran filem Arwah Goyang Kerawang pada tahun 2010.

Perbuatan itu dilakukan ketika mereka berdua sedang melakonkan adegan pergaduhan dalam filem seram itu.

Pejabat Pendakwa Raya Jakarta Timur telah memberi amaran akan bertindak lebih tegas jika keadaan memaksa, untuk memastikan Jupe menjalani hukuman penjara itu.

Sementara itu Dewi Persik, yang turut dijatuhkan hukuman penjara dua bulan oleh mahkamah kerana peranannya dalam pergaduhan itu, belum menjalani hukumannya.

-BERNAMA

Wednesday, 27 February 2013

Rupa Adik Beckham Sebelum & Selepas Kurus





Jika pemain bola sepak, David Backham bukan main bergaya disamping isterinya, Victoria dan anak-anak. 

Lain pula cerita mengenai adiknya Joanna, 31. 

Selepas mengalami penurunan berat badan sebanyak 20 paun, Joana yang baru saya menyambut hari lahirnya telah memakai dress bewarna hitam dengan menampakkan sebahagian daripada ‘asetnya’. 

Baju yang dipakainya itu mempunyai ruang yang luas pada bahagian depan. Dia pulak tidak memakai baju dalam! 

Ramailah yang mula mengutuknya kerana dia seolah-olah memalukan diri sendiri. 

Lihat gambar Joanna sebelum dan selepas kurus ini. 



4

-mynewshub



Satu Keluarga Memiliki Rambut Rapunzel


Keluarga Rapunzel. Seorang ibu bukan sahaja memiliki rambut panjang melebihi 6 kaki malah tiga anak gadisnya juga mewarisi dna yang sama dan rambut mereka hampir mencecah lantai.
Menurut Terelynn Russel, yang menetap di Chicago bersama suami dan anak-anaknya itu, memiliki rambut panjang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi daripada tuan punya badan.

Bukan itu sahaja, suami dan anak lelakinya juga perlu bersabar dengan keadaan tersebut.

Terelynn bagaimanapun mengakui pernah memijak rambutnya sendiri ketika sedang menukar lampin anak bongsunya.

Namun Terelynn menetapkan beberapa syarat penting kepada anak-anak perempuannya.

“Mereka mesti memastikan rambut mereka tidak luruh di kawasan dapur terutama di bahagian alat memasak,’’ katanya.

Selain itu, terdapat beberapa peraturan lain melibatkan kebersihan di rumah tersebut selain penggunaan jumlah syampu dan perapi rambut.

Ujarnya, selepas membersihkan rambutnya, dia akan membiarkan rambutnya itu kering dengan sendiri selama sejam.

“Kebanyakan duit yang saya jimat dihabiskan untuk membeli klip dan perapi rambut,” katanya.

Tahun lepas, Terelynn dan anak perempuannya telah menyumbangkan sebahagian daripada rambut mereka kepada organisasi Lock of Love.

Namun rambut mereka tidak pernah dipotong melebihi 20 inci.

“Kali terakhir saya berambut pendek ialah ketika berusia empat tahun dan itu pun pada paras pinggang.

“Pada saya, rambut pendek ialah bermakna berada pada paras pinggang,’’ katanya.

-Mynewshub

Tuesday, 26 February 2013

Gambar Panas Anak Pelakon Popular




Gambar-gambar di bawah ini dipercayai adalah gambar anak kepada seorang pelakon kacukan yang popular sekitar tahun 90-an.

Bermacam-macam aksi panas yang ditunjukkan oleh gadis yang berusia 17 tahun ini antaranya merokok dan bergambar mesra dengan seorang lelaki dengan hanya berbikini.

Hmmm, apalah komen mak dan ayahnya selepas melihat gambar sosial anak mereka sudah tersebar di kebanyakan laman-laman blog?

Diharapkan artis itu dapat menasihati anaknya kerana dia mungkin masih muda dan tengah mahu merasa dan mencuba semua keseronokan yang bersifat sementara..




-mynewshub

Gambar Comel Nadiya Nisaa Dan Anaknya




Siapa yang tidak kenal dengan pelakon berbakat besar ini.

Selepas kejayaan drama bersiri Adam dan Hawa, nama heroinnya iaitu Nadia Nisaa terus meniti di bibir-bibir peminat hiburan tempatan.

Nadiya, 28, sudah berkahwin dengan Saiful Razman Mohd Kassim pada 2010 dan mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Omar.

Di bawah ini merupakan gambar-gambar mesra di antara aktress tersebut bersama buah hati pengarang jantungnya itu.

Nampak sihat dan comel anaknya. Semoga Omar membesar dengan baik dan ceria selalu!





-mynewshub

Wanita Lakukan Hubungan Intim Dengan Anjing

Kara Vandereyk dan anjing pitbull peliharaannya.

Seorang wanita asal Las Vegas, Amerika Syarikat, didakwa Polis kerana berhubungan intim dengan seekor anjing pitbull.

Kara Vandereyk ditangkap polis, Selasa (19/2), setelah jiran tetangga melihatnya berhubungan seks dengan seekor anjing di halaman rumahnya.

KVVU melaporkan, kelakuan tidak senonoh ini dilakukan di tempat terbuka dan sempat menjadi tontonan sejumlah jiran tetangga.

Kepada polis, wanita 23 tahun itu mengaku mengidap gangguan psikologi bipolar dan tidak dapat mengingati namanya sendiri.

Las Vegas Review Journal menulis, apabila polis datang, tubuh Vandereyk akan ditutup dengan selimut dan dibawa ke pejabat polis Clark County. Vandereyk menghadapi hukuman dengan tuduhan melakukan tindak pencabulan yang menjijikkan.

Ternyata kes bestiality alias hubungan seks antara manusia dan haiwan bukan hal yang langka. Januari lalu, seorang wanita asal Delaware, Amerika Syarikat, didakwa atas tuduhan bestiality dan konspirasi peringkat dua saat tertangkap sedang bercinta dengan seekor anjing sambil difoto oleh seorang temannya.

November 2012, wanita 20 tahun asal Arizona, AS, juga ditangkap polis dengan melakukan hubungan seks dan oral seks dengan dua ekor anjing. Tindakan ini dilaporkan kepada polis oleh bekas kekasihnya.

[Sumber]

Pembuat Sos Pedas Terkenal Meninggal Dunia


Ketua pegawai eksekutif dan pengerusi lembaga Syarikat McIlhenny, syarikat yang membuat tanda niaga sos pedas Tabasco dan produk lain, Paul C. McIlhenny meninggal dunia, menurut syarikat itu, Ahad. Beliau berusia 68 tahun.

Satu kenyataan syarikat yang dikeluarkan di ibu pejabat Pulau Avery di selatan Louisiana berkata McIlhenny meninggal dunia pada Sabtu.

McIlhenny merupakan salah seorang ahli keluarga yang mempunyai syarikat berusia 145 tahun dan menghasilkan sos Tabasco yang terkenal di dunia untuk beberapa generasi.

Menurut kenyataan, beliau menyertai syarikat itu pada tahun 1967 dan secara langsung menyelia pengeluaran dan kualiti semua produk yang dijual di bawah jenama Tabasco selama 13 tahun.

Di bawah bimbingan McIlhenny, syarikat itu mengalami pertumbuhan rekod dalam jualan dan pendapatan selama bertahun-tahun dan turut memperkenalkan beberapa perisa baru, sos dan produk lain.

"Semua di syarikat McIlhenny dan keluarga McIlhenny dan Avery amat sedih dengan berita ini," kata Tony Simmons, presiden Syarikat McIlhenny dan ahli keluarga McIlhenny.

"Kami jelas akan merindui kepimpinan Paul tetapi secara khususnya lebih akan merasakan kehilangan kepintaran, daya tarikan dan kelucuannya yang tidak memberikan tekanan."

-mStar

Gambar Yuna Bersama Keluarga Jules Schratter

Nampaknya gosip percintaan di antara mereka berdua semakin ada kebenarannya selepas Yuna dilihat sempat meluangkan masa dengan melawat keluarga lelaki mat saleh yang dikaitkan dengannya, Julian Schratter baru-baru ini.



Jules yang merupakan jurugambar peribadi Yuna di Amerika Syarikat sempat berkongsi gambar penyanyi kebanggaan Malaysia itu di laman Instagramnya baru-baru ini.

Sebelum ini, Jules juga pernah berkunjung ke kampung Yuna dan sempat menyarung sepersalinan baju Melayu hitam yang nampak kacak dipakainya.

Kalau benar ada apa-apa pun, baguslah masing-masing dah bertemu pengganti.

Yuna dah ada Jules, sementara bekas kekasihnya, Qi pula dikatakan semakin rapat dengan pelakon muda, Nelydia Senrose.

-Mynewshub

Monday, 25 February 2013

Fazura Sudah Berkahwin?


“Dah kahwin? Dengan siapa tu? Banyak juga nama calon-calon yang saya dengar. Tapi semua sedia maklum bahawa saya bukan jenis yang suka komen soal peribadi,” ujar pelakon dan model jelita, Fazura apabila diajukan soalan sedemikian rupa, semalam.

 “Cuma doakan sahaja yang terbaik buat diri saya. Saya sentiasa percaya dengan ketentuan Allah.”
“Saya memang berazam nak berkahwin tahun ini sebab umur saya pun sudah mencecah 30 tahun. Kalau jodoh saya sampai, Insyallah. Doakan semoga saya bahagia,” kata Fazura sekaligus menafikan khabar angin yang tak tepat itu.
Tanpa mengira sesiapa pun yang akan menjadi jodohnya, Fazura berazam untuk menurut kata-kata ibunya agar berhenti berlakon setelah berkahwin kelak.

“Saya rasa saya akan tepati janji kepada ibu. Lepas berkahwin memang ibu saya tak bagi berlakon.
“Sekiranya bakal suami saya seorang pelakon, dia pun perlu berhenti berlakon juga. Fokus perlu diberikan 100% kepada rumahtangga dan saya juga percaya bahawa ini adalah salah satu cara untuk saya hormati suami.
“Tetapi sekiranya dia bukan pelakon, mungkin dia seorang ahli perniagaan atau apa-apa sahaja, saya tetap akan hormati dia dan tak akan berlakon lagi,” ulas Fazura sambil tersenyum manis.
Merujuk kepada perkembangan terbaru, Fazura telah dilantik sebagai duta untuk produk terbaru Colgate iaitu ‘Colgate Optic White’ dan akan bergandingan dengan pelakon hebat, Shaheizy Sam dalam drama terbaru berjudul ‘Kisah Cinta.’

xlupa.com

Selebriti Yang Dibayar Jutaan Ringgit Hanya Untuk Tayang Muka

Mariah Carey dibayar AS$1 juta (RM3.04 juta) untuk menyanyikan empat buah lagu, sementara jumlah yang sama dikenakan oleh Christina Aguilera untuk persembahan selama sejam. Untuk persembahannya di majlis tertutup Tahun Baru di St. Barts, Beyonce Knowles dibayar AS$2 juta (RM6.08 juta), sementara suaminya dibayar setengah daripada itu untuk menyanyi bersamanya di Las Vegas. Alumni "American Idol",

Kelly Clarkson mengenakan bayaran AS$300,000 (RM912,869) untuk persembahan majlis peribadi, sementara AS$150,000 (RM456,447) pula nilai untuk persembahan peribadi Carrie Underwood.

Namun mereka ini semuanya bintang nyanyian yang memiliki bakat. Mungkin mahal harga kemunculan mereka, namun mereka menjual bakat dan suara.

Jadi apa pula alasan untuk harga mahal selebriti-selebriti di bawah ini?

Kim Kardashian


Anda pasti tidak kagum dengan nyanyiannya (single "Jam! (Turn it Up)") mahupun tertawan dengan lakonannya ("Disaster Movie", 2008), namun jika anda tetap mahu Kim K muncul di majlis anda, anda harus membayarnya sebanyak AS$50,000 (RM152,150) ke AS$75,000 (RM228,225) Malah, ketika hari jadinya yang ke-30, Kim Kardashian berjaya mengumpul AS$500,000 (RM1.52 juta) dari beberapa buah kelab malam di Las Vegas. Senang kata, dia dibayar untuk tiup lilin keknya!

Khloe dan Kourtney Kardashin



Khloe dan Kourtney mungkin tidak menerima bayaran yang lebih tinggi berbanding Kim, kerana mereka bukan bekas bintang video terlampau atau hamil anak Kanye West. Namun mereka dibayar AS$40,000 (RM121,720) untuk membuat kemunculan di sebuah pusat boling dan di sebuah pusat membeli-belah. Mereka juga dibayar AS$39,645 (RM120,637) untuk hadir ke majlis hari jadi ke-30 Kim di beberapa kelab malam sekitar Las Vegas.

Paris Hilton



Ketika dia menjadi ratu tabloid, Paris Hilton mengenakan bayaran AS$100,000 (RM304,300) ke AS$500,000 (RM1.52 juta) untuk membuat kemunculan di kelab. Mengapa? Kerana di mana ada Paris, di situ ada paparazi, dan di mana ada paparazi di situ ada publisiti. Di mana ada publisiti, di situlah pengunjung kelab akan pergi. Nilainya mungkin agak menurun sekarang, tetapi walau apa pun, nilai kehadirannya lebih tinggi daripada gaji anda selama setahun dan dia tidak perlu bekerja pun untuk nilai itu.

Snooki



Universiti Rutgers membayar Snooki, bintang "Jersey Shore" bertubuh mungil ini AS$30,000 (RM91,290) untuk bercakap tentang autobiografinya, sementara upah untuk Snooki muncul di karpet merah sesebuah majlis dan menjengkelkan semua orang adalah AS$20,000 (RM60,860)

-Tupai.com

Monday, 18 February 2013

Aku Diam Tak Bermaksud Senang Dipijak-Sharnaaz


Aku Diam Tak Bermaksud Senang Dipijak-Sharnaaz 
Sudahlah kecewa putus cinta tak habis lagi, tup-tup ada pulak suratkhabar yang menyiarkan kenyataan yang tidak pernah keluar daripada mulutnya. Kenyataan palsulah kiranya. 



Nasib baiklah dunia sekarang penuh dengan teknologi yang memudahkan komunikasi. Sharnaaz meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap perkara tersebut menerusi akaun Twitternya. Nasib baik Sharnaaz bagitau. Kalau tak mesti semua orang percaya bulat-bulat apa yang ditulis di suratkhabar itu.-BeautifulNara

Erin Malek Tunjuk Bakat Lentikkan Body


Samada kami yang terlepas pandang atau memang sudah agak lama rasanya tidak melihat kelibat Erin Malek dikaca televisyen. Pelakon yang bakal mencecah umur 19 tahun ini dilihat kurang membintangi mana-mana filem selepas kali terakhir berlakon untuk filem ‘Tentang Bulan’ dan juga ‘Congkak’.

Menerusi laman Instagram, Erin kelihatan ‘awesome’ apabila dia memuat-naik sekeping gambar dirinya sedang melentur badan kebelakang dan ia sekaligus menarik perhatian peminat yang rata-rata memuji kebolehannya.

Kami sendiri masih berfikir, tak sakit ke badan dibengkokkan sebegitu? Walau apa pun, Erin kelihatan lebih matang sekarang berbanding dahulu. Untuk pengetahuan, Erin baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk telemovie ‘Titis Kasih Ibu’.-OhBulan.com







Talha Tipu Hubungannya Dengan Farah?


Selepas kenyataan pelakon Talha Harith, 23, mengatakan dia hanya berkawan baik dengan gadis yang dikenali sebagai Farah Shazreen, kali ini gadis terbabit melalui laman Facebooknya mengatakan pihak media sengaja memutar belit kenyataan Talha.

Apakah maksud disebalik kata-kata Farah ini? Adakah mereka memang sedang bercinta?

Menerusi Ohbulan, Farah dikatakan memuat naik status yang berbunyi, “its ok. Media memang suka tokok tambah…”.



Selain itu, Farah turut menyatakan Talha sudah menjelaskan kepadanya mengenai perkara tersebut tetapi tidak seperti yang ditulis oleh pihak media.

Hmm, berbelit-belit kenyataan Talha ya?

Takkan takut nak mengaku kepada media kot mengenai hubungan cintanya dengan Farah?

Peminat sekarang sudah tak kisah lah Talha jika artis yang diminati mereka mempunyai teman istimewa. Berterus-terang lebih baik daripada bermain tarik tali.
-mynewshub

Elly Mazlein Sudah Putus Tunang?


Biarpun ramai yang bertanyakan mengenai hubungan di antara pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein bersama tunangnya sama ada sudah berakhir atau tidak namun Elly masih tidak mahu membuka mulut.

“Siapa yang tidak ingin bahagia. Malah kalau boleh, saya nak kongsi dengan semua orang perkembangan hari bersejarah itu nanti macam pertunangan tempoh hari.

“Cuma untuk terlampau terbuka memperinci segala-galanya bukan sekarang,” jelasnya.

Seakan memberi bayangan, pelakon dan penyanyi itu mengakui, biarlah ketika ini, dia berkongsi kehadiran single baru, Sabarlah Sayang yang ditunggu hampir setahun lalu.

Sebelum ini, kisah pertunangan mereka pernah mendapat perhatian ramai.

Siapa boleh melupakan memori Elly diarak menaiki kereta kuda ke dewan berhias indah tatkala pihak lelaki menghantar cincin tanda dengan rancangan ijab kabul pada Februari tahun lalu.

Kemudian, majlis itu ditunda ke Disember sebelum segala perancangan senyap bagai dibawa angin lalu.

Ditanya tidakkah dia kisah mengenai tanggapan orang, Elly ada penjelasannya.

“Terpulanglah kepada orang untuk membuat spekulasi sama ada ia berakhir di jinjang pelamin atau sebaliknya… Hal itu bagi saya bukan suatu perkara memalukan,” katanya.


-mynewshub

Emma Maembong Dah Putus Cinta


Pelakon kacukan Melayu-Scottish, Emma Maembong dikatakan sudah putus cinta dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Adli, yang sudah dikenalinya sejak lima tahun lalu.

Sebelum ini, gambar-gambar mesra Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 20, bersama bekas kekasihnya itu pernah mencetuskan kontroversi sehingga perlakuannya itu dikritik oleh segelintir peminatnya.

Emma yang turut memiliki bakat besar dalam melukis berkata kepada Berita Harian, “yang lepas itu biarlah berlalu. Ini ruang terbaik untuk saya terus fokus dalam kerjaya seni”.

Selain itu, Emma pun tidak mahu memanjang-manjangkan tentang kisah cintanya yang katanya mula tidak sehaluan sejak awal Februari lalu. Dia hanya menganggap dia dan pemuda itu tiada jodoh.

Pelakon yang semakin meningkat naik ini turut tercalon dalam Anugerah Bintang Popular 2012 dalam kategori Artis Baru Wanita Popular bersaing dengan Ainan Tasneem, Hanez Suraya, Nad Zainal dan Wawa Zainal.


-mynewshub

Jessica Pemenang Pertama Asia’s Next Top Model




Peserta dari Thailand, Jessica Amornkuldilok, 27, berjaya memenangi pertandingan realiti mencari model, Asia’s Next Top Model musim pertama.

Jessica berjaya menewaskan dua lagi finalis bagi rancangan tersebut iaitu Stephanie Retuya, 24, dari Filipina dan Kate Ma, 23, yang berasal dari Taiwan.

Program realiti jelitawan itu memaparkan seramai 14 jelitawan yang berasal dari negara Asia seperti Jepun, Singapura, Nepal, Hong Kong dan termasuk juga Malaysia.

Malaysia diwakili oleh Melissa Thng, 22, yang telah tersingkir pada episod ketujuh.

Dengan kemenangan itu, Jessica memperoleh wang tunai sebanyak USD100,000, kontrak modeling daripada Agensi Pengurusan Model Storm, tiga bulan ‘working trip’ ke London, berpeluang menjadi muka depan untuk majalah Harper Bazaar terbitan Singapura dan sebuah kereta Subaru XV 2.

Rancangan itu berasaskan daripada program popular supermodel Tyra Banks iaitu America’s Next Top Model yang kini sudah pun memasuki musim ke-19

-mynewshub

Gambar romantik Lisa Surihani peluk Yusri, suaminya


Wow, romantik sungguh pasangan popular, Lisa Surihani dan Yusri. Lisa Surihani dilihat memeluk dengan erat Yusri ketika mereka sedang bergambar di sebuah bangunan pejabat. Lisa Surihani dan Yusri nampaknya kelihatan begitu bahagia dan mesra. Semoga hubungan mereka kekal hingga ke akhir hayat.

Gambar Cantik Emma Maembong Berbaju Biru



Jom layan beberapa gambar super seksi pelakon sedang meningkat naik, Emma Maembong yang hanya memakai baju biru berpadankan seluar hitam. Semua gambar di bawah diambil ketika beliau menyertai Program Amazing Race anjuran Majalah Mangga. Walaupun Emma hanya berpakaian santai namun kecantikannya tetap terserlah dan menggamit hati naluri. Siapa tak terpikat, tak gitu? - Rotikaya










Gambar Hot Tiz Zaqyah Dengan Gaun Lutsinar


Inilah beberapa gambar seksi pelakon terkenal Tiz Zaqyah yang hanya memakai gaun paras dada. Baju berkenaan kelihatan lutsinar 90 peratus, menampakkan keseksian beliau yang menggamit naluri hati. Cantik dan cun giler Tiz Zaqyah. Pakaian ini dikenakannya ketika Anugerah Skrin 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.