iklan 728x90

Pages

Monday, 25 February 2013

Selebriti Yang Dibayar Jutaan Ringgit Hanya Untuk Tayang Muka

Mariah Carey dibayar AS$1 juta (RM3.04 juta) untuk menyanyikan empat buah lagu, sementara jumlah yang sama dikenakan oleh Christina Aguilera untuk persembahan selama sejam. Untuk persembahannya di majlis tertutup Tahun Baru di St. Barts, Beyonce Knowles dibayar AS$2 juta (RM6.08 juta), sementara suaminya dibayar setengah daripada itu untuk menyanyi bersamanya di Las Vegas. Alumni "American Idol",

Kelly Clarkson mengenakan bayaran AS$300,000 (RM912,869) untuk persembahan majlis peribadi, sementara AS$150,000 (RM456,447) pula nilai untuk persembahan peribadi Carrie Underwood.

Namun mereka ini semuanya bintang nyanyian yang memiliki bakat. Mungkin mahal harga kemunculan mereka, namun mereka menjual bakat dan suara.

Jadi apa pula alasan untuk harga mahal selebriti-selebriti di bawah ini?

Kim Kardashian


Anda pasti tidak kagum dengan nyanyiannya (single "Jam! (Turn it Up)") mahupun tertawan dengan lakonannya ("Disaster Movie", 2008), namun jika anda tetap mahu Kim K muncul di majlis anda, anda harus membayarnya sebanyak AS$50,000 (RM152,150) ke AS$75,000 (RM228,225) Malah, ketika hari jadinya yang ke-30, Kim Kardashian berjaya mengumpul AS$500,000 (RM1.52 juta) dari beberapa buah kelab malam di Las Vegas. Senang kata, dia dibayar untuk tiup lilin keknya!

Khloe dan Kourtney Kardashin



Khloe dan Kourtney mungkin tidak menerima bayaran yang lebih tinggi berbanding Kim, kerana mereka bukan bekas bintang video terlampau atau hamil anak Kanye West. Namun mereka dibayar AS$40,000 (RM121,720) untuk membuat kemunculan di sebuah pusat boling dan di sebuah pusat membeli-belah. Mereka juga dibayar AS$39,645 (RM120,637) untuk hadir ke majlis hari jadi ke-30 Kim di beberapa kelab malam sekitar Las Vegas.

Paris Hilton



Ketika dia menjadi ratu tabloid, Paris Hilton mengenakan bayaran AS$100,000 (RM304,300) ke AS$500,000 (RM1.52 juta) untuk membuat kemunculan di kelab. Mengapa? Kerana di mana ada Paris, di situ ada paparazi, dan di mana ada paparazi di situ ada publisiti. Di mana ada publisiti, di situlah pengunjung kelab akan pergi. Nilainya mungkin agak menurun sekarang, tetapi walau apa pun, nilai kehadirannya lebih tinggi daripada gaji anda selama setahun dan dia tidak perlu bekerja pun untuk nilai itu.

Snooki



Universiti Rutgers membayar Snooki, bintang "Jersey Shore" bertubuh mungil ini AS$30,000 (RM91,290) untuk bercakap tentang autobiografinya, sementara upah untuk Snooki muncul di karpet merah sesebuah majlis dan menjengkelkan semua orang adalah AS$20,000 (RM60,860)

-Tupai.com

No comments:

Post a Comment