iklan 728x90

Pages

Thursday, 28 February 2013

Julia Perez Diburu Polis Selepas Gagal Serah Diri


Aktres Indonesia, Julia Perez yang popular dengan nama Jupe, tersenarai sebagai orang yang dikehendaki setelah dua kali gagal menyerah diri ke Pejabat Pendakwa Raya Daerah Jakarta Timur untuk menjalani hukuman penjara selama tiga bulan.

Penyanyi dangdut yang juga pelakon penuh kontroversi ini, didapati gagal memenuhi arahan pejabat pendakwa raya itu pada 14 Feb dan 25 Februari lepas.

Jupe dihukum penjara tiga bulan oleh mahkamah selepas didapati bersalah mencederakan rakan artis, Dewi Persik (nama popular Depe) di lokasi penggambaran filem Arwah Goyang Kerawang pada tahun 2010.

Perbuatan itu dilakukan ketika mereka berdua sedang melakonkan adegan pergaduhan dalam filem seram itu.

Pejabat Pendakwa Raya Jakarta Timur telah memberi amaran akan bertindak lebih tegas jika keadaan memaksa, untuk memastikan Jupe menjalani hukuman penjara itu.

Sementara itu Dewi Persik, yang turut dijatuhkan hukuman penjara dua bulan oleh mahkamah kerana peranannya dalam pergaduhan itu, belum menjalani hukumannya.

-BERNAMA

No comments:

Post a Comment