iklan 728x90

Pages

Monday, 18 February 2013

Gambar Nora Danish Dicium Anuar Zain Di Konsert


Berita panas dan tergempar hari ini ialah berkenaan tindakan penyanyi lagenda, Anuar Zain yang mencium jari-jemari Nora Danish ketika Konsert 3D beliau yang berlangsung semalam. Difahamkan, seramai 6,000 orang telah menghadiri Konsert 3D Anuar Zain di Stadium Putra, Bukit Jalil.




Babak yang paling membuat peminat dan penonton histeria dengan persembahan Anuar Zain ialah ketika kemunculan artis comel, Nora Danish secara tiba-tiba. Anuar Zain yang sedang menyanyikan lagu Ajari Aku bertindak menarik tangan Nora Danish sebelum menciumnya dengan lembut dan romantik. Persoalannya, ada mereka berdua memang sedang hangat bercinta? Jom tengok lagi tiga gambar Anuar Zain dengan romantiknya mencium tangan Nora danish.








Sunday, 17 February 2013

Rita Rudaini Bakal Terbitkan Buku Biografi




Pelakon yang kembali menghangatkan industri hiburan tanah air selepas berdepan kemelut rumah tangga yang dihadapinya, Rita Rudaini bakal menerbitkan sebuah buku biografi mengenai dirinya.

Bercakap kepada Kosmo, Rita menyatakan, “biografi itu rakaman perjalanan hidup saya.

Saya mahu setiap isteri yang dalam dilema tahu hak mereka. Idea itu timbul sekitar tahun lalu, masa saya tengah kusut dengan masalah tapi sekembalinya daripada mengerjakan umrah, semangat saya jadi lain. Saya jadi tenang sehinggakan orang sekeliling rasa pelik seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku ke atas saya. Saya bekerjasama dengan seorang kawan baik untuk penerbitan buku berkenaan”.

Rita turut menambah, segala pendedahan mengenai rumahtangga dengan Aidil bukanlah untuk meraih sebarang publisiti sebaliknya apa yang diluahkannya kepada media selama ini adalah semata-mata untuk perkongsian.

Ia mungkin boleh menjadi pengajaran kepada setiap wanita yang mengalami masalah yang sama.

Rita kini menguruskan segala keperluan hidup, rumah, kereta dan anak-anaknya, Aidit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2, dengan bersandarkan duit lakonannya semata-mata.

Nama Rita kembali menjadi bualan apabila drama lakonannya dan Adi Putra, Sehangat Asmara menjadi kegilaan peminat setianya.

Diharapkan semoga Rita tabah menghadapi segala dugaan dan ujian hidup yang menimpanya.

Suami Boleh Mati Pucuk Jika Isteri Gaji Besar




COPENHAGEN – Lelaki yang memiliki isteri berpendapatan lebih tinggi berkemungkinan besar mengambil Viagra dan ubat lain kerana kurang bertenaga di bilik tidur, lapor satu kajian.

Penyelidik kurang pasti mengapa perkara itu berlaku tetapi rasa hilang harga diri selain marah dan kecewa mungkin memainkan peranan.

Kajian dilakukan di Denmark, lokasi penggambaran drama politik popular, Borgen, yang memaparkan bagaimana Perdana Menteri wanita bergelut dengan kesukaran mentadbir negara manakala suaminya mengu-ruskan rumah tangga dan anak-anak.

Penyelidik Denmark dan Amerika Syarikat bermula dengan mengkaji gaji pada data lebih 200,000 pasangan suami isteri. Ia mendedahkan Viagra dan ubat bagi masalah mati pucuk lain lebih popular di kalangan pasangan yang isteri menerima gaji lebih tinggi.

Kesan malah dapat dilihat pada keluarga yang isteri memiliki pendapatan cuma sedikit lebih tinggi daripada suami.

Penyelidik berkata: Malah perbezaan kecil dalam pendapatan dikaitkan dengan risiko besar penggunaan ubat mati pucuk apabila wanita menjadi penyumbang utama dalam rumah tangga berbanding lelaki.

Perbezaan gaji sebanyak 10,000 (RM 47,095) yang memihak kepada wanita, menggandakan penggunaan Viagra.

Menariknya, fenomena itu tidak dilihat pada pasangan yang selalunya memiliki pendapatan lebih tinggi. Sebaliknya, ia terhad kepada perkahwinan yang isteri mengambil alih kedudukan itu daripada suami.

Ia menunjukkan rasa hilang harga diri menjadi punca keadaan itu.

Menulis dalam Buletin Personality and Social Psychology, penyelidik berkata, peningkatan aliran bagi wanita menjadi penyumbang utama rezeki mencabar peranan tradisi lelaki sebagai pencari nafkah dan meletakkan mereka di bawah tekanan psikologi.

Kehendak seksual lelaki dikaitkan dengan budaya dan faktor sosial seperti kuasa bapa, wang dan rangkaian sosial, berpotensi menyebabkan lelaki berdepan masalah penurunan kehendak seksual atau tidak berfungsi apabila mendapati peranan tradisi mereka dirampas.

Kemarahan dan kekecewaan juga boleh membawa kepada masalah seksual serius seperti mati pucuk, kata penyelidik. – Agensi

Ayah Linda Onn Meninggal Dunia



Semalam kita baru dikejutkan dengan pemergian seniman lagenda negara, Kuswadinata ke Rahmahtullah.

Hari ini pula, satu lagi berita sedih apabila dikhabarkan bapa kepada penyampai radio Suria FM, Linda Onn telah meninggal dunia awal pagi tadi.

Linda sempat menulis status di Twitternya berbunyi, “Ayahku Onn bin Chik baru pulang ke rahmatullah. Kepada yg mengenali Allahyarham,halalkan makan minum & maafkan kesalahannya.Al Fateha”.


Takziah diucapkan buat Linda sekeluarga. Semoga tabah dan sabar dengan ujian yang dilalui ini.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman.

Al-Fatihah.

Saturday, 16 February 2013

Tiger Woods Temui Kekasih Baru

Lindsay Vonn

Menepati ciri-ciri wanita pilihan, pemain golf terkenal, Tiger Woods mungkin memilih Lindsay Vonn sebagai teman hidupnya.

Mula menjalinkan hubungan berperingkat sejak beberapa bulan lalu, Woods mengakui hubungan itu akan melalui fasa seterusnya.

“Buat masa ini, dia (Vonn) adalah kawan paling rapat yang saya ada. Mungkin kami perlu meluangkan lebih banyak masa lagi untuk saling mengenali.

“Saya mahukan wanita yang boleh menjadi kawan, pendengar yang baik dan boleh berkongsi minat. Semuanya ada pada Vonn,” katanya.

-Sinarharian