Pelakon yang kembali menghangatkan industri hiburan tanah air selepas berdepan kemelut rumah tangga yang dihadapinya, Rita Rudaini bakal menerbitkan sebuah buku biografi mengenai dirinya.
Bercakap kepada Kosmo, Rita menyatakan, “biografi itu rakaman perjalanan hidup saya.
Saya mahu setiap isteri yang dalam dilema tahu hak mereka. Idea itu timbul sekitar tahun lalu, masa saya tengah kusut dengan masalah tapi sekembalinya daripada mengerjakan umrah, semangat saya jadi lain. Saya jadi tenang sehinggakan orang sekeliling rasa pelik seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku ke atas saya. Saya bekerjasama dengan seorang kawan baik untuk penerbitan buku berkenaan”.
Rita turut menambah, segala pendedahan mengenai rumahtangga dengan Aidil bukanlah untuk meraih sebarang publisiti sebaliknya apa yang diluahkannya kepada media selama ini adalah semata-mata untuk perkongsian.
Ia mungkin boleh menjadi pengajaran kepada setiap wanita yang mengalami masalah yang sama.
Rita kini menguruskan segala keperluan hidup, rumah, kereta dan anak-anaknya, Aidit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2, dengan bersandarkan duit lakonannya semata-mata.
Nama Rita kembali menjadi bualan apabila drama lakonannya dan Adi Putra, Sehangat Asmara menjadi kegilaan peminat setianya.
Diharapkan semoga Rita tabah menghadapi segala dugaan dan ujian hidup yang menimpanya.
No comments:
Post a Comment