iklan 728x90

Pages

Showing posts with label telefon. Show all posts
Showing posts with label telefon. Show all posts

Wednesday, 1 October 2014

Ini Akibatnya Guna Telefon Bimbit Semasa Dicas!



BUKAN sekali dua kita mendengar kes kecederaan dan kematian yang berlaku akibat berbual di telefon bimbit yang sedang dicas.

Menerusi gambar terbaru yang disebarkan di laman sosial, seorang gadis mengalami kecederaan di telinga dan pipi selepas telefon pintarnya tiba-tiba terbakar semasa digunakan.
Khabarnya, ketika itu telefon tersebut sedang dicas.
Hasil carian kami di internet tidak menemui penjelasan yang benar-benar jelas mengenai kes-kes sebegini.
Namun, ramai netizen yang memberitahu, ia berpunca daripada penggunaan pengecas yang tidak asli.

View the original article here

Monday, 14 October 2013

Nenek panik hilang gigi palsu telefon bomba

LONDON - Seorang nenek dilaporkan telah melemparkan gelas yang dipenuhi air untuk memisahkan anjing berkelahi. Tetapi si nenek lupa dalam  gelas tersebut mengandungi gigi palsunya .

Dengan keadaan panik , nenek tersebut langsung menelefon bomba. Ternyata kejadian di atas bukanlah panggilan aneh pertama yang diterima pemadam kebakaran di London.

Dalam satu tahun ini , bomba di London telah menerima puluhan panggilan telefon yang dianggap lucu.

Panggilan lucu tersebut di antaranya adalah laporan soal telefon bimbit yang jatuh ke dalam tandas dan panggilan untuk membantu menukar tayar . Selain itu, mereka juga pernah menerima laporan adanya labah-labah yang merayap di bantal penghuni rumah.

Namun yang teraneh iaitu panggilan untuk menolong seorang lelaki yang kasutnya tersangkut di atas bumbung rumah . Akibat banyaknya panggilan tidak penting, pegawai kanan bomba London , Dave Brown bersuara.

"Cadangan saya, jika bukan dalam kecemasan jangan telefon kami . Kami ada untuk memberi respons kecemasan yang nyata. Apabila anda mencari tupai di dapur atau lupa menaruh kunci, sekali lagi jangan telefon kami ," tegas Brown seperti dilansir Metro , Sabtu ( 12/10 / 2013) .

okezone
 


View the original article here