iklan 728x90

Pages

Showing posts with label dirakam. Show all posts
Showing posts with label dirakam. Show all posts

Thursday, 24 October 2013

Gambar helang menyambar kambing berjaya dirakam

 Pernah lihat helang mencengkam tikus atau ular? Jika pernah, adakah kamu juga pernah melihat helang yang menyambar kambing. Pasti kamu tidak pernah melihatnya dan pasti kamu akan menganggap helang tidak akan boleh menerkam kambing.

Anggapan kamu itu salah, jangan kamu kira helang hanya boleh mecengkam haiwan-haiwan kecil saja. Kambing yang besar juga boleh dicengkam oleh helang. salah satunya foto yang diperlihatkan berikut ini.


Dalam foto ini terlihat seekor helang jenis Golden Eagle sedang mencengkam seekor kambing yang cukup besar. Diyakini helang ini akan memakan kambing tersebut . Foto helang mencengkam kambing ini diambil oleh orang yang tidak ingin disebutkan namanya yang berkerjaya sebagai pemerhati burung dan gambar ini diambil di kawasan pergunungan pulau Mull , Scotland.

 Sang jurugambar tidak ingin mengatakan detail tempat pengambilan foto tersebut kerana takut si petani pemilik kambing marah jika kambingnya sudah dimakan helang raksasa dan akhirnya akan melakukan balas dendam untuk membunuh helang tersebut .

Helang jenis Golden Eagle merupakan helang yang semakin pupus. Sekarang ini mungkin hanya terdapat 30 ekor helang Golden Eagle. Saiz helang ini memang sangat besar, rentang sayap saja boleh sampai dua meter bayang kan saja seberapa besar helang ini sehingga boleh membawa satu ekor kambing terbang .

palingseru.com


View the original article here

Monday, 21 October 2013

Inilah manusia pertama yang berjaya dirakam kamera di dunia

Sejarah fotografi ternyata sudah berlangsung cukup lama, mulai era 1800-an. Foto apa yang dianggap sebagai yang pertama di dunia?

Gambar pertama yang menampakkan objek manusia diyakini adalah Boulevard du Temple. Foto yang diambil oleh warga Perancis bernama Louis Daguerre ini dirakam pada tahun 1838.

Foto tersebut diambil menggunakan teknik fotografi awal yang dikenali sebagai daguerreotype, sempena dengan nama Louis Daguerre yang menjadi penemunya. Foto tersebut menampakkan sebuah jalanan di Paris.

 

 Louis Daguerre berjaya merakam satu imej seseorang lelaki dan tukang menggilap kasut di sudut sebuah jalan. Tampak lengang tiada orang bukan?, Ini kerana kerana proses Daguerre dilakukan antara lain dengan mengekspos sebuah plat logam yang diberi perlakuan kimia selama beberapa minit. Jika seseorang atau sesuatu objek bergerak, maka dia tidak akan nampak dalam gambar foto daguerreotype ini.

Oleh kerana orang yang ada dalam foto ini relatif tidak bergerak ketika foto diambil, maka dia terlihat dalam foto tersebut.


View the original article here